Doa Khusus Elak Dirogol dan Dicabul

Assalamualaikum >_<


Hari ini saya nak kongsikan satu perkara paling penting terutamanya untuk kaum wanita. Apa tu?? Ni doa khusus elak dirogol dan di cabul. Saya bukan memandai nak buat doa ney tau, sebab saya pun terjumpa dari satu blog ney (nanti saya creditkan). So saya pun nak berkongsi untuk semua kaum wanita sebab saya pun seorang wanita.

Antara doanya:

DALAM sebutan rumi : 

BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA   
FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Maksudnya: Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
Dalam sebutan rumi :
 ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Saya harap kepada yang ada baca ney terutama kaum wanita amalkanlah doa-doa diatas terutamanya apabila korang bersendirian. Saya harap saya dijauhkanlah dari semua tu. Amin....

credit : mynewshub




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

3 comments:

CSI said...

thanks for da info!

AzwanRamli said...

nice..................

Azza Afdzal said...

cuba amalkan yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...