Aku Ni Tak Ada Perasaan Ker?

Assalamualaikum >_<


Sampai sekarang cerita Ombak Rindu masih lagi menjadi perbualan peminat-peminat cerita ney. Mana tak nya di punya jalan cerita betul-betul menyentuh jiwa dan raga. Tambah pulak pelakon-pelakon yang hebat.

Apa yang menjadi masalah pada saya sekarang ney kenapa saya tak rasa sedih tengok cerita ney? Kenapa..kenapa...Padahal orang lain macam tak cukup sekotak tisu duk lap air mata diorang tu. Kalau yang guna kain siap boleh diperah-perah lagi air mata tu hehehe. Tapi saya nak basah pipi walaupun sikit pun tak keluar jugak kalau keluar pun mungkin mengantuk kot huhu.

Baru-baru ney saya dengan kawan-kawan duk bersembang pasal cerita ney. Bila saya cakap cerita ney tak sedih langsung dan tak best terus kawan saya nak boikot saya. Waduh waduh sampai macam tu sekali peminat cerita ney. Sanggup boikot kawan sendiri hehehe. Siap cakap saya ney tak ada perasaan huhu. Sepuluh kali tengok pun belum jemu lagi.

Semalam saya try tengok sekali lagi cerita ney. Jawapannya tetap sama. Tak sedih, air mata tak keluar malah sampai pertengahan jalan dah mengantuk. Bukan saya tak nak sedih, bukan saya tak nak menangis tapi nak buat macam mana kalau air mata tak nak keluar. Tak pasal-pasal lepas ney kene boikot lagi dengan dye kot haha

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

10 comments:

lilac lollipop said...

huhu...sme la kte :) x sdih pown

Azza Afdzal said...

@lilac lollipop

yes2 kiranya sama ada teman la ek hehe

sabarina shzri said...

sokong sokong.. cerita nie tak best sangat pun. haha

si kiut lavender said...

bukan azza sorang...saya pun sama..

punya excited nak cita nih sebab dok dgr kwan2 ckap the best film..alih2,,hampeh...sket pun xnanges..

jadi kesimpulannya jgn nilai sesebuah filem hanya mendengar kata2 org.....kikiki

CINTA UNTUK KITA said...

hehe for me, sedih.. hehehe ;p

Azza Afdzal said...

@sabarina shzri
betul kn? mmg tak best pun

Azza Afdzal said...

@si kiut lavender

heran kan mcm mana la sesetengah org boleh tgk berkali-kali

Azza Afdzal said...

@CINTA UNTUK KITA
lorh sedih ker? slu nye part mana yg sedih tu?? huhu

Amyra Azhar said...

haha, kita geng! tp baca novel dia lg best, try la :)

ZURAINI said...

saya x tengok pon cite ni. lg xder perasaan kan? tehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...