Aku Ni Tak Ada Perasaan Ker?

Assalamualaikum >_<


Sampai sekarang cerita Ombak Rindu masih lagi menjadi perbualan peminat-peminat cerita ney. Mana tak nya di punya jalan cerita betul-betul menyentuh jiwa dan raga. Tambah pulak pelakon-pelakon yang hebat.

Apa yang menjadi masalah pada saya sekarang ney kenapa saya tak rasa sedih tengok cerita ney? Kenapa..kenapa...Padahal orang lain macam tak cukup sekotak tisu duk lap air mata diorang tu. Kalau yang guna kain siap boleh diperah-perah lagi air mata tu hehehe. Tapi saya nak basah pipi walaupun sikit pun tak keluar jugak kalau keluar pun mungkin mengantuk kot huhu.

Baru-baru ney saya dengan kawan-kawan duk bersembang pasal cerita ney. Bila saya cakap cerita ney tak sedih langsung dan tak best terus kawan saya nak boikot saya. Waduh waduh sampai macam tu sekali peminat cerita ney. Sanggup boikot kawan sendiri hehehe. Siap cakap saya ney tak ada perasaan huhu. Sepuluh kali tengok pun belum jemu lagi.

Semalam saya try tengok sekali lagi cerita ney. Jawapannya tetap sama. Tak sedih, air mata tak keluar malah sampai pertengahan jalan dah mengantuk. Bukan saya tak nak sedih, bukan saya tak nak menangis tapi nak buat macam mana kalau air mata tak nak keluar. Tak pasal-pasal lepas ney kene boikot lagi dengan dye kot haha

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Simple Pun Boleh Menang

Assalamualaikum >_<


Siapa tengok Anugerah Juara Lagu semalam? Mesti tengokkan...Memamg best giler la diorang punye persembahan.

Sekarang saya nak cerita pasal juaranya. Masa persembahan dye jujur saya cakap betul-betul membuatkan hati saya tersentuh. Saya dah yakin sangat-sangat yang Hafiz akan menang.Masa persemabahan dye punye penampilan simple giler. Tapi ternyata bukan penampilan yang jadi ukurankan. Nak kata minat sangat kat Hafiz tu tak la tapi kerana persembahan dye tu memang juri tak salah pilih la. Memamg mantap la.

Tahniah kepada Hafiz yang menyanyikan lagu Awan Nano sekali gus menang dua anugerah VOKAL TERBAIK dan JUARA LAGU.



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Jom Join Bloglist Saya

Assalamualaikum >_<

Saya bercadang nak buat senarai bloglist di blog saya. Ringkas sahaja kalau ada sesiapa yang sudi nak jadi rakan bloglist saya korang hanya perlu letakkan SAYA NAK JOIN BLOGLIST CIK AZZA dan LINK BLOG KORANG di komen ok. (yang sebelum ney tak letak link korang tak perlu letak sekali lagi ok. Nanti saya keliru pulak)

Itu sahaja korang perlu buat. Korang tak perlu nak buat segmen atau apa sahaja. Senang saja kan.

So tunggu apa lagi.

Kalau sudi follow sekali yer dan bagi tahu di shoutbox saya. Insyaallah kalau berkesempatan saya akan follow korang balik :)

Tiada tarikh tutup sebab saya akan update bloglist dari semasa ke semasa. 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Kenapa Cincin Disarungkan Di Jari Manis?

Assalamualaikum >_<



Kakak pinjam jari jap yer hehe..

Mesti korang tertanya-tanyakan tiap kali nak tunang ker, kahwin ker mesti cincin di sarungkan di jari manis. Jari lain tak boleh ker? Kalau korang nak tahu ney jawapannya....




1. First sekali try korang buat seperti gambar di atas ney. Jari tengah korang lekukkan.

2. Kemudian try korang renggangkan ibu jari korang antara satu sama lain. Bolehkan. Ok ibu jari kita tu sebenarnya mewakili ibu bapa kita (orang tua). Ini adalah kerana mereka sudah tentu suatu hari nanti akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan balik ibu jari korang. Sekarang try korang buka jari telunjuk korang pulak. Boleh jugak kan? Jari telunjuk kita sebenarnya mewakili saudara kita (abang, kakak, adik) mereka mempunyai keluarga sendiri dan sudah tentu mereka tidak akan bersama kita.

4. Tutup jari telunjuk dan korang try buka pula jari kelingking korang. Pun boleh kan? Jari kelingking mewakili anak-anak kita. Anak-anak kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti kerana mereka jugak akan mempunya keluarga sendiri.

5. Dan sekarang korang cuba buka jari manis korang di mana jari korang yang disarungkan cincin tu. Mesti tak boleh renggangkan seperti jari-jari yang lain. Kalau korang nak tahu jari manis tu sebenarnya mewakili ikatan suami isteri yang akan sentiasa melekat antara satu sama lain untuk selama-lamaya. Sehidup semati la katakan.*-*


Selamat mencuba....

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Kenapa Lelaki Suka Cakap Perempuan Kuat Membebel

Assalamualaikum >_<

alololo kesiannya kena marah dengan mak yer....


Orang laki suka cakap perempuan kuat membebel. Padahal diorang tak tahu perempuan suka membebel pun sebab kesalahan diorang jugak. Mana ada perempuan suke membebel tanpa sebab. Buat penat aje membebel ney tapi kalu dah terpaksa kene membebel jugak la hehehe....

Jom kita tengok antara sebab-sebab kenapa perempuan suka membebel:

1. Wanita membebel sebab inginkan perhatian
(Ney sebab si suami tak nak layan isteri)

2. Sebagai tanda peringatan
(tak nak sesuatu berlaku kepada orang yang tersayang)

3. Marah dan geram
(ney pun sebab lelaki jugak puncanya. kalau tak takkan perempuan nak membebel. leleki jugak yer hehehehe)

4. Perempuan tidak suka memendam perasaan
(buktinya habis pinggan mangkuk melayang hehehe)

5. Lumrah semula jadi perempuan yang memiliki paras hormon estrogen yang berlebihan lalu gemar meluahkan perasaan dan pendapat seolah-olah seperti sedang membebel.

6. Malah sudah dibuktikan dalan kajian dimana perempuan boleh melontarkan 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya mampu melontarkan sebanya 7,000 kuota simbol sahaja.
(so kaum lelaki bersabar lah yer :p)


temuramah antara lelaki-lelaki Malaya hehehe




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Lelaki dan Perempuan Sama Aje.

Assalamualaikum >_<


Lelaki dengan perempuan same aje kn?

Apa yang sama?

Eh eh apa yang sama pulak tu?

Cepat la bagi tahu apa yang sama tu?

Ish2 korang ney sabar-sabar la...

Cepat la....

Yela-yela korang ney...

Nak tahu apa yang sama??

MENGUMPAT

lelaki selalu cakap perempuan kuat mengumpatkan? 

mulut jahat
 
Macam ney kan?





Haaa sebenarnya kaum lelaki ney tak sedar sebenarnya diorang pun sama jugak kuat mengumpat..

tak percaya?

tengok sini



kan kan sama jer kan lelaki dengan perempuan

dua-dua kuat mengumpat

p/s sekadar nak hiburkan hati petang-petang ney. Kalau ada yang terasa maaf yer.......


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Kebaikan Setelah Menangis

Assalamualaikum >_<





Aiyoyo hodohnya dye nangis hehehe



Korang rasa  tajuk  ney pelik tak. Nangis pun boleh ada kebaikan ker. Orang laki selalu cakap perempuan ney sikit-sikit nak nangis. Buat rugi air mata jer tau. Tapi dalam kita tak sedar air mata kita boleh bawak kebaikan pada kita. 

Jom baca entry kat bawah ney. Entry ney bukan saya sendiri yang reka tapi ada la terjumpa di satu blog yang boleh dpercayai.

1. Membantu Penglihatan
Cecair yang keluar dari mata korang tu sebenarnya boleh mencegah dehidrasi pada membran mata korang yang boleh buat mata korang kabur.

2.Membunuh Bakteria
Tak payah la korang bubuh ubat titis kat mata korang tu. Just korang nangis jer la hehehe (ada pulak macam tu yer).Air mata sebenarnya boleh membunuh hampir 90-95 peratus bakteria yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi.

3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan Racun
Yang ney pelik sikit. Kalau seseorang menangis secara emotional sebenarnya ia mengandungi racun tau. Tapi jangan salah faham,keluarnya air mata yang beracun itu, menandakan bahawa ia mambawa racun dari dalam tubuh dan megeluarkan melalui mata

5. Mengurangkan Stres
Air mata juga boleh mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air mata korang juga membantu melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan Hubungan Silaturrahim
Dah memamg confirm la kalau kita menangis mesti kita nak luahkan pada teman-teman, pasangan korang ker terutamanya yang boleh bagi korang sokongan ataupun semangat. So, ia boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan bersosial.

7. Melegakan Perasaan
Korang sedar atau tak kalau korang ada masalah korang akan menangis dan bila korang puas menangis korang akan berasa lega kan sebab korang dah lepaskan semuanya semasa korang nangis tadi.



p/s banyak-banyak kan menangis ye hehehe (gurau jer)

credit:penpatah


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Nak Bilik Tidur yang Tenang Macam Ney Jugaklah

Assalamualaikum >_<


Hai korang sweet tak bilik ney..Sweet kan. Nak bilik macam ney jugak la.Purple gitu...I love purple. Bukan macam bilik saya sekarang ney siap bercolour lagi. Kalau saya dapat bilik macam ney confirm makan minum pun dalam bilik jugak. Mana tak nya duduk dalam bilik lagi tenang duduk di ruang tamu hehehe....

Tenang sangat-sangat tengok bilik ney. Kalau dapat tidur memang confirm la liat nak bangun kan hihihi. Agak-agaknya bilik ney kepunyaan lelaki atau perempuan yer.

Serius la memang tenang giler dapat bilik macam ney walaupun simple. Takpe-takpe siap la nanti bertong-tong cat warna soft purple akan ku beli.

p/s entry sebelum balik kerja.....

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 4 (Saya Demam)

Assalamualaikum >_<






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tips: Naikkan Seri Wajah dengan Mudah dan Ringkas.

Assalamualaikum >_<

Kali ney entry saya ringkas jer, tak larat nak tulis panjang-panjang sebab saya demam sekarang ney. Ok kali ney saya nk berkongsi sedikit petua macam mana nak naikkan seri wajah korang tu. Mesti ada yang nak kan. Siapa la yang tak nak cantik.


Siapa nak wajah berseri macam gambar kat atas ney, angkat tangan hehehe...(mengarutla pulak)
Ok ok...caranya ringkas sahaja la

Setiap kali korang basuh muka korang tu, korang jangan lap muka korang sebaliknya biarkan air tu kering dengan sendirinya.

Tapi korang kene pastikan muka korang bersih ok. Yang perempuan-perempuan muka yang masih bermake-up buang dulu yer.

Satu lagi, ketika korang ambik wuduk pun korang jangan lap muka korang ok. Air wuduk boleh menambah seri muka tambah-tambah lak korang biarkan air tu kering sendiri.

And the last, sebagai umat Islam saya sarankan korang berselawat dulu sebelum korang basuh muka okey...

Sangat ringkas kan...

Selamat mencuba 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Sejarah Titanic Berlaku Kembali?

Assalamualaikum >_<

Apa khabar korang? Sihat? Hari ney saya kurang sihat sikit sebab entah kenapa tiba-tiba jer terasa sakit. Nak makan pun susah sebab mulut tak boleh buka luas..Ermmm adooiii..

Sejarah Titanic berlaku kembali? Mesti korang dah pernah dengarkan kisah sebuah Kapal Persiaran Mewah, Costa Concordia terbalik di Itali?? Kalau ada yang tahu meh sini kita kongsi kisah ney bersama-sama. 

Kapal persiaran tersebut sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean dan terlanggar terumbu batu karang dekat Pulau Isola del Giglio pada pukul 10 malam dan ketika itu penumpang sedang makan malam (kisah  Titanic pun malam jugak kan).

Nak tulis entry yang panjang pun tak larat dengan keadaan yang sakit ney so apa kata kita tengok jer gambar kapal tersebut selepas terbalik.

keadaan kapal sebelum terbalik






Kesiankan bila bayangkan keadaan penumpang yang berada di dalam ney demi untuk menyelamatkan diri. 
.
.
.
.
.
Mengimbau kembali keadaan kapal Titanic (dalam sedutan filem Titanic) yang hampir karam.





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Saya Nak Bertunang tapi.......

Assalamualaikum >_<


30/2/2012. Tarikh apa tu? Nak tahu?? Tu la tarikh pertunangan saya. Tak nak ucapkan tahniah ker. TAHNIAH TAHNIAH. Oh korang TERIMA KASIH DIATAS UCAPAN ITU.

Hahahaha sah sape yang ucap tahniah pada saya tu memang betul-betul dah kena tipu. Kena tipu?? Eh eh kenapa pulak Cik Azza oi?? Korang-korang 30/12/2012 mana adalah dalam calendar 2012. Yeke?? Tak percaya jugak. Try tengok calendar korang tu sekarang....


Ada tak 30hb?? Tak ada kan?? Tu la siapa suruh tak nak tengok calendar dulu tp ney tak terus jer ucap TAHNIAH tu hahaha



Tak sangka pulak saje-saje buat status macam ney kat facebook ramai yang ucap TAHNIAH tanpa tengok tarikhnya betul-betul. Apa la korang ney. Apa yang penting saya dah bagi tahu perkara sebenarnya. Fuhhh nasib baik tak ada yang marah-marah cuma nasihat dapat la jugak dari seseorang tu hehehe. Sorry yer kawan pada di hari jumaat ney :)


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Doa Khusus Elak Dirogol dan Dicabul

Assalamualaikum >_<


Hari ini saya nak kongsikan satu perkara paling penting terutamanya untuk kaum wanita. Apa tu?? Ni doa khusus elak dirogol dan di cabul. Saya bukan memandai nak buat doa ney tau, sebab saya pun terjumpa dari satu blog ney (nanti saya creditkan). So saya pun nak berkongsi untuk semua kaum wanita sebab saya pun seorang wanita.

Antara doanya:

DALAM sebutan rumi : 

BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA   
FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Maksudnya: Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
Dalam sebutan rumi :
 ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Saya harap kepada yang ada baca ney terutama kaum wanita amalkanlah doa-doa diatas terutamanya apabila korang bersendirian. Saya harap saya dijauhkanlah dari semua tu. Amin....

credit : mynewshub




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Selamat Hari Lahir Dato Siti Nurhaliza

Assalamualaikum >_<



Kenal tak wanita diatas ney?? Confirm kenal kan. Kalau ada yang masih tak kenal korek jer biji mata dye wawawa. Inilah bintang pujaan Malaysia Dato Siti Nurhaliza. 

Ok kenapa saya tiba-tiba update pasal beliau. Hari ini tanggal 11 Januari 2012 merupakan hari lahir beliau yang ke-33. Tahun ney beliau akan menyambut hari lahirnya bersama suami tercinta, Datuk K di satu destinasi luar negara. Dimana? "Biarlah rahsia", katanya.

Apapun semoga Dato Siti Nurhaliza sentiasa diberkati Allah dan berjaya dalam apa sahaja yang beliau lakukan. 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 3

Assalamualaikum >_<




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen : Mencari Bloglist 2012

Assalamualaikum >_<





Cara nye :
Jadi Pengikut/Follower blog ini.
Buat Entri Dengan Tajuk "Segmen : Mencari Bloglist 2012".
Letak Banner didalam entri dan link kan ke entri ini semula.
Tag kan kepada 2 orang rakan blogger anda.
Tinggalkan link entri anda dibahagian komen entri ini.


saya nak tag : Alya / Cik Purple



9 January 2012 - 13 January 2012




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen : Mr E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik]

Assalamualaikum >_<



rakan tag: airaxara / munBONAMANA / Lilysuhaili


nak join--> Segmen : Mr E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik]

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Pedih Ulu Hati

Assalamualaikum >_<



Apa khabar korang. Sejuk sangat-sangat hari ney. Maklumlah nak hujan. Pedih ulu hati. Kenapa saya update tajuk ney. Kalau nak tahu itulah yang saya alami sekarang ney. Nak kata sakit sangat tu tak la tapi bile bergerak-gerak tu terus terasa sakit. Tambahan pula kalau saya nak bernafas.

Saya try la surf internet nak cari-cari petua untuk hilangkan pedih ulu hati ney. Kalau boleh tu biar lah cara tradisional sebab saya tak suka pergi ke klinik hehehe.

Antara petua nya ialah :

1: Ambil limau nipis dan bacakan surah Al-Kauthar sebanyak 3 atau 7 kali
2. Belah limau itu  dan sapukan sirih pada keratannya
3.Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada (tempat yang sakit tu la)

Insyaallah saya akan try buat nanti. Harap-harap hilanglah sakit ney.

p/s mana nak cari daun sirih ney....




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tahniah Dr Ezani- Masterchef Malaysia

Assalamualaikum >_<



Tahniah kepada Dr  Ezani Farhana kerana telah menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama. Dr Ezani berjaya mengalahkan Wahidan dari Sabah yang menduduki tempat kedua.

Dr Ezani berjaya membawa pulang trofi Masterchef dan wang tunai RM100,000 dan berpeluang menerbitkan buku masakan beliau sendiri.




 p/s Jangan sangka doktor tak pandai masak yer


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tsunami Besar di Langit

Assalamualaikum >_<



Allahhu Akhbar macam tak percaya jer tengok gambar kat atas ney. Mungkin ramai orang dah penah lihat tapi ney la kali pertama saya lihat. Tengok-tengok jer gambar ney apa lagi terkejut la.

Satu fenomena alan yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru.

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang rejadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah (air).



30/12-2011- seperti ombak besar di Segamat Johor, Malaysia.

30/12/2011 - pada hari yang sama juga berlaku di Labuan, Sabah 


Adakah ini suatu petanda ? wallahua'lam


credit to: Linda Johan (walaupun tak tahu asalnya dari mana). 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Hangout with My Sister

Assalamualaikum >_<

Apa khabar korang. Malam ney saya boring sangat-sangat. So apa lagi saya ajak la adik saya keluar makan. Dekat jer dengan rumah. Mula-mulanya nak ajak mak ayah sekali tapi diorang tak nak la pulak. Nak dating berdua kat rumah la tu ehem ehem hehehehe

Malam ney saya teringin sangat-sangat nak makan chicken chop. Almaklum lah dah lama tak makan. Adussh lama betul yer tukang masak ney. Sabar azza sabar. Nak buat chicken chop tu bukannya cepat macam masak  maggie. Ape lah hehehe. Cepatlah air saya dah nak abis dah ney

Yahoo tunggu punye tunggu  akhirnya sampai jugak chicken chop saya. Ermm nyam nyam nyam. Dapat bau pun terus perut mintak diisi.


Korang tengok ada rasa teringin tak?? Sedap tau rugi korang tak rasa. Meh meh cepat saya nak belanja hehehe. Oklah saya nak makan dulu. Karang dah sejuk tak sedap la pulak.

Ok bai bai bai :)




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Mega Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum >_<

Join GA lagi untuk hari ini. Ok memandangkan saya sendiri telah dijemput oleh Cik Bunny untuk menyertai GA beliau so saya pun akan mencuba nasib kot-kot la rezeki menyebelahi saya :D







Link Sponsor:


Nak join klik --> Mega Giveaway by Cik Bunny


Tarikh tutup : 31 January 2012

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Pikalurve 2nd GIVEAWAY

Assalamualaikum >_<


Join first GA untuk tahun 2012



nak join klik --> Syafiqah Hashim


GIVEAWAY ini bermula dari 
25 DECEMBER 2011 - 25 JANUARY 2012






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 2

Assalamualaikum >_<





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

First Update 2012

Assalamualaikum >_<
 
Hai hai hai...rasa-rasanya masih belum terlambat lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Waduh-waduh baru hari ini sempat nak update blog. Nak buat macam mana sibuk sangat dengan kerja. Itu belum lagi nak mengira akaun untuk tahun lepas punya. Hari ini pun cume sempat blogwalking beberapa orang saje.
 
 
23? Ape tu? Ape lagi umur saya la...Uwaa macam tak percaya la pulak. Sudah tua la saya ney. Bila dah meningkat umur 23 ney faham-faham la orang duk bertanya bila nak kahwin. Ney la soalan yang paling saya tak suka. Pakcik, makcik, abang, kakak insyallah kalau ada jodoh saya kahwin la. Zaman sekarang ney zaman orang mencari duit la. Kalau Allah dah tentukan kita kahwin lambat apa boleh buat kan.
 
 
Oklah sebelum saya balik kerja saya nak ucapkan selamat hari lahir buat teman saya Norul Ashikin Sopian bakal laywer ney untuk yang ke-23 tahun. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Amin...
 
Kbai
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...