Tips: Mencegah Facebook dari Hackers

Assalamualaikum >_<



Antara sebab akaun facebook korang diceroboh apabila korang melayari FB di capaian wifi terbuka seperti di kedai kopi, cafe atau mana-mana capaian wifi yang tidak diencrypt.

Apabila korang mula layari FB maka penceroboh boleh menunggu untuk menghidu password korang jika hubungan dari browser (Google Chrome, Internet Explorer atau Firefox atau mana2 browser) ke server FB tidak menggunakan secure connection – https. Perhatikan di alamat URL korang, jika bermula dengan http://www.facebook. Maka connection korang tidak selamat. Yang selamat kena ada https://www.facebook.


Cuba aktifkan fungsi https di akaun Facebook korang melalui setting Account Security di akaun Facebook. Caranya : Login Facebook korang > Account Settings > Klik "Security" > Klik "Secure browsing(https)" > Tick > Save. 




Selain itu korang juga boleh guna cara ney : Login FB Account Settings > Klik "Security" > Klik "Login Notifications">Tick Email @ Text Message atau kedua-duanya. Fungsi ni akan memaklumkan kepada korang melalui emel / SMS setiap kali ada device yang login account FB tanpa pengetahuan korang. Senang je kan kalau macam ney. 

Sebelum ney Azza ada jugak pernah buat entry mengenai tips menjaga kata laluan (password) dengan baik. KLIK SINI.


Nota Tambahan apa sebenarnya fungsi https



HTTPS ialah versi aman dari HTTP, protokol komunikasi dari World Wide Web. Ditemui oleh Netscape Communications Corporation untuk menyediakan pengesahan dan komunikasi tersandi dan penggunaan dalam komersi elektrik.

Selain menggunakan komunikasi plain text, HTTPS menyandikan data sesi menggunakan protokol SSL (Secure Socket layer) atau protokol TLS (Transport Layer Security). Kedua-dua protokol tersebut memberikan perlindungan yang mencukupi dari serangan eavesdroppers, dan man in the middle attacks. Pada umumnya port HTTPS adalah 443.

Tahap keselamatan bergantung pada ketepatan dalam melaksanakan pada pelayar web dan perisian pelayan dan disokong oleh algorithma pengekodan yang sebenar.

Oleh kerana itu, pada laman web digunakan HTTPS, dan URL yang digunakan bermula dengan 'https://' bukan dengan 'http://'

Salah faham yang sering terjadi pada pengguna kad kredit di web ialah dengan menganggap HTTPS "sepenuhnya" melindungi transaksi mereka. Sedangkan pada kenyataannya, HTTPS hanya melakukan penyulitan maklumat dari kad mereka antara browser mereka dengan web server yang menerima maklumat. Pada web server, maklumat kad mereke secara tipikal disimpan di dalam sistem database server (kadang-kadang tidak langsung dihantar ke pemproses kad kredit), dan pelayan database inilah yang paling sering menjadi sasaran serangan oleh pihak-pihak yang tidak berkepentingan.



Azza harap serba sedikit penerangan Azza ney diharap boleh membantu korang


credit: wikipedia



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

8 comments:

nana kamarul said...

ohhhh ... thanks for sharing!

khairil faizul (kf) said...

berguna tips ni.thanx for the info!

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

thanks kerana berkongsi info menarik nie ;)

Pecinta pink^^ said...

owh..nice tip:) bru tau

SyamimiNazifa said...

thanks sharing x)

Siti Fatimah Fuzz said...

baru tau ni...hehe...thanks for sharing.....salam perkenalan....membalas kunjungan..=)

Rubikz Key said...

yup :) bnyk lagi care nk cegah fb kite ni dari kene hack. kalau nk taw, leh singgah blog saya :))

masyiFadz said...

thanks for sharing...kene lebey berht2 kalinei...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...