11 Tabiat Lelaki Malas

Assalamualaikum >_<




Salam Jumaat pada semua Blogger. Hari ney saje je Azza nak cari pasal sikit dengan lelaki (cewah berani la sangat hahahaha). Bukan nak mengata kebanyakan lelaki sangat malas nak melakukan kerja-kerja yang melibatkan kerja rumah. Tak penting kata diorang sebab tu kerja perempuan. Eh2 yeke? Jom kita lihat apa kerja-kerja yang lelaki malas sangat-sangat nak buat.


1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN 
Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. 
Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. 

2. MENGEMAS RUMAH
Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata. 

3. TIDAK MENCUCI PINGGAN 
Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. 
Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 

4. MENGGOSOK BAJU 
Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. 
Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju. 

5. BERCUKUR 
Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit. 

6. RAMBUT KUSUT 
Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 

7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH 
Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.
Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya. 

8. MENCUCI KENDERAAN 
Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 

9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI 
Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. 
Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih. 

10. MEMBACA 
Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan. 
Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai.

11. BANGUN AWAL PAGI
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah.

p/s bukan semua lelaki tau malas macam ney. Tapi sesetengah jer hihihi. Kaum hawa macam mana adakah korang bersetuju? To kaum Adam pulak?? korang ada nak komen? haha

Jangan jadi malas macam Encik Garfield 

Sumber: Berita Harian


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

10 comments:

CikMunBlogger said...

hoho . nice info bab lelaki yang malas :p

cik mun blogger

icumm said...

Bab2 yang lain tu icumm sokong
membaca tu tak berapa nk sokong sgt...sbb ada yg lagi dashyat suka mmbaca..;)

nana said...

hahaha! malas-malas nnt jadi macam garfield. Tapi ade je lelaki yang rajin buat semua ni. Tapi susah bebeno le nak mencarinye :P

Azza Afdzal said...

@CikMunBlogger
terima kasih :)

Azza Afdzal said...

@icumm yeke?? antaranya laki suka baca apa??

Azza Afdzal said...

@nana kamarul mmg la tapi tak semua laki mcm ney kn haha

Qaseh Qhaleesh said...

a'ah . betul ciriciri tu . tapi yayang cik Qaseh pulak rajin sgt bgun awal pg , suka pegi kerja . penampilan diri dgn rambut die suka gila nak jaga . tapi bab basuh baju , die pos kat umah kite mcm dobi . kemas bilik tu mak dia dh malas nak uruskan . hahaha :DD

btw , follow kamu :))

P#eoniX said...

kalau sy no1 ngan no 4 paling malas nak bwat....slalu anto je dobi...keh...keh...keh...kalau cuci mate tuh rajinlah...hakhakhak...

Azza Afdzal said...

@Qaseh Qhaleesh eh eh sama la dengan yayang kita jugak..sebijik la...cume lain sikit yg basuh baju tu sebab dye xleh anta kt saya sebab jauh hahahahaha

Masmira Masri said...

malas mcm garfield...tp kebiasaan nyer rajin mana pun lelaki tuh lepas kawen kompem jd malas hhahah semua nk bini jer buat..

visit my blog ok
http://myaleo.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...