Tips Menjaga Kata Laluan Dengan Baik

Assalamualaikum >_<


Semua orang dah tahu kan apa pentingnya kata laluan a.k.a  password korang tu. Kata laluan tersangat rahsia. Mana boleh orang tahukan kata laluan kita. Tak ada privacy la namanya tu kan. 

Walaubagaimana pun korang mestilah jaga betul-betul kata laluan korang tu. Sekarang terlalu ramai hacker mudah mengetahui kata laluan korang.

Kata laluan yang kukuh (strong password) mestilah sukar untuk dikesan atau diteka sama ada oleh manusia atau program komputer. Ini akan melindungi data korang daripada akses yang tidak dibenarkan. Kata laluan yang kuat terdiri daripada sekurang-kurangnya enam aksara dan gabungan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan simbol-simbol (@ # $% `~ ^ & * () _ + - = {} | []:"; '<> ? /) jika dibenarkan.


1. Jangan menggunakan mana-mana bahagian nama pengguna anda, nama penuh, tarikh lahir, nama pasangan, perkara kegemaran atau apa-apa contohnya info peribadi lain 'Apa yang anda suka'! dalam kata laluan.
    2. Pilih kata laluan yang panjang. Lebih panjang kata laluan, lebih baik.
      3. Jangan gunakan kata laluan yang lama atau yang sama untuk semua aplikasi yang anda gunakan.
        4. Jika anda mengesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, tukar serta-merta.

        5. Gunakan perkataan dan nombor pengganti untuk huruf. Sebagai contoh, "DEVIL" boleh menjadi D3VIL, "cofee" boleh menjadi C0FF33 dan "Narnia" boleh menjadi N@RNI@.

        6. Jangan gunakan perkataan yang dari kamus.

        7. Jadikan tabiat untuk menukar kata laluan dengan kerap.

        8. Jangan gunakan aksara yang berulang-ulang seperti aa, nnn dan lain-lain

        9. Jangan gunakan urutan abjad, seperti abc atau xyz.

        10. Katalaluan perlu mengandungi huruf besar, huruf kecil, dan nombor.

        11. Jika ia adalah mudah untuk anda, gunakan aksara ASCII (yang anda boleh mengakses dengan menekan Alt dan menaip pada pad nombor).

        12. Jangan gunakan urutan angka, seperti 123 atau 321.

        13. Jangan sesekali dedahkan kata laluan anda kepada orang lain.

        14. Jangan masukkan kata laluan anda apabila orang lain boleh melihat apa yang anda sedang taip.

        15. Jangan menulis kata laluan di mana-mana sahaja.

        16. Jangan menghantar kata laluan anda melalui e-mel.

        17. Gunakan encryption utility untuk menyimpan kata laluan anda jika perlu.

        18. Gunakan penggantian fonetik, seperti 'Luv2chat' untuk ‘Love to Chat’.

        19. Jangan gunakan password generator tool  untuk menjana kata laluan anda.

        Diharap tips-tips di atas boleh membantu korang.



        ♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

        9 comments:

        Hidayah said...

        mintak izin yek.
        kita nak share info awak kat blog kita.

        :)

        Farah Fauzi said...

        yeah!! terbaekk tips nieh..thanks for the info sis :)

        Azza Afdzal said...

        @hidayah ok bley :)

        Azza Afdzal said...

        @farah.fauzi wlcm

        Amirah Syafiqah said...

        bagus entry ni ^_^

        9n0L4 said...

        nice sharing. ;)

        Cik Fie said...

        Jom Join Sini (!) Ada Banyak Tutorial Di Sini (!) mynameishafizah.blogspot.com/ :D

        Nadiaafarhanaa said...

        thanks share..kadang2 password pjg2 pn org taw :)

        Atiqa Wahid said...

        Wowww, info penting ni. Thanxxx share ekkk ... =)

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...