Siapa Cakap Cinta Jarak Jauh Tak Boleh Kekal?
Assalamualaikum >_<
Dah dua hari asyik hujan je, mintak-mintaklah tak banjir. Kesian kat diorang yang selalu jadi mangsa banjir ney. Hujan-hujan terasa lapar lapar la pulak. Oklah sebelum Azza pergi mencekik kat dapur tu Azza nak kongsi satu isu mengenai cinta jarak jauh. Azza tahu mesti ramai kan yang bercinta macam ney. Oklah Azza akui Azza pun bercinta jarak jauh juga walaupun kitorang cuma negeri kitorang berjiran. Kira cinta jarak jauh jugak kan? hihi.
Ramai orang cakap cinta jarak jauh ney banyak dugaannya. Memang betul apatah lagi kalau nak berjumpa. Azza nak kongsikan beberapa tips yang Azza jadikan panduan untuk memastikan hubungan kitorang berjalan dengan lancar. Alhamdulillah hubungan kitorang sekarang sudah menjangkau 3 tahun lebih. Lama kan?
PertamaCinta hadir tanpa batasan jarak dan masa. Kalau cinta korang sejati, berpisahlah sejauh mana pun, korang tetap akan bersama juga akhirnya nanti. Orang kata kalau duduk jauh ney senang nak curang.Kalau dikatakan nak curang dekat pun boleh curang sebenarnya. Kalau pasangan itu terpisah jarak jauh sekalipun tapi jika kedua duanya tahu untuk setia dan menghargai perhubungan tiada masalah sebenarnya.
KeduaJangan mudah percaya kata kata orang yang mendakwa cinta jarak jauh tidak boleh kekal. Terpisah jarak itu cuma sementara saja. Jangan jadikan jarak sebagai penghalang untuk menikmati bahagia antara korang dengan pasangan. Dah jauh-jauh ney memang confirm la akan saling merindu. Sebenarnya korang tak tahu cinta jarak jauh ney la boleh mengajar kita erti rindu yang sebenar.
KetigaZaman sekarang kan dah canggih. Macam-macam korang boleh hubungi pasangan korang. Kalau rindu apa lagi telefon la ataupun sms. Sudah cukup kalau nak lepaskan rasa rindu korang tu. Kalau dapat peluang korang berhubung ney la masanya korang boleh lepaskan kerinduan tu. Betulkan rindu-rindu ney kalau dapat dengar suara pun dah cukup untuk lepaskan kerinduaan korang tu?
KeempatFahami keadaan pasangan korang itu adalah paling penting terutamanya ketika pasangan korang sedang sibuk. Jangan paksa diorang untuk sentiasa hubungi diorang. Satu lagi jangan paksa pasangan korang untuk berjumpa korang. Tetapkan hari untuk korang berjumpa apabila waktu tersebut korang betul-betul free.
KelimaJangan kongkong pasangan korang. Kenapa korang nak kongkong pasangan korang? Korang tak percaya? Itu silap korang. Sebenarnya kongkong ney boleh menyebabkan pasangan korang akan jadi rimas dengan korang seandainya diri diorang sentiasa dikongkong. Sebabnya setiap hubungan kena ada saling percaya antara satu sama lain. Biarkan pasangan korang buat apa yang diorang minat asalkan kedua-dua belah pihak sentiasa jujur antara satu sama lain.
KeenamTipulah kan kalau setiap hubungan tak pernah bergaduh. Confirm mesti ada punya lah. Senang jer salah seorang mesti dan harus mengalah. Kalau salah sorang mengalah dan pandai pujuk confirm la seorang lagi tu akan terpujuk jugak. Tapi ney tak kalau bergaduh dua-dua naik angin mau jugak kan sampai seminggu tak berhubung. Betul tak? hihi
Ok lah Azza harap korang boleh ambil serba sikit tips yang Azza buatkan. Ingat korang dalam perhubungan apa yang paling penting adalah kejujuran, keikhlasan dan kepercayaan.So kalau ketiga-tiga ney korang amalkan tiada masalah dalam hubungan cinta korang mahupun secara dekat mahupun jauh.
Ermm perut Azza dah tak tahan dah ney. Nasi oh nasi...hihihi...
Ok korang bye bye bye.........
♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥
26 comments:
terima kasih untuk tips nie . daya pon dalam keadaan cinta jarak jauh . yang lagi sadis nye uh tak pernah jumpe lagi . tp hubungan kami dah setahun lebih . :) alhamdulillah .
hurmmm same goes to me :)
cinta jarak jauh jugak :')
betul tu. jarak bukan penghalang kpd berjayanya sesebuah hubungan itu. akak pun kahwin setelah hampir 4 tahun bercinta jarak jauh dan alhamdulillah bahagia je.asal kan kite saling percaya, jujur & setia pd pasangan. itu yg penting kalau cinta yg CJJ nih.. hehe..lg kan jgn terlalu mengokong & kuat cemburu.. bahaya gak tu. :)
terima kasih sebab share tips ni,
yus pun cinta jarak jauh jugak ni.
memang jarang nk jumpa la..
hope die setia,kita pun setia dahla..
bak kata orang..kalau ada jodoh tak kemana.xkira la die jauh atau pun dekat
@daya jamal uisshh tak kan tak pernah jumpa kot?? setahun lama tu...kalau boleh cri peluang jumpe k...
@haslida bakri sama la kita kan :)
Kenapa dulu takda tips cinggini? Huh? Hahahaha, okay cinta jarak jauh saya tak kekal lama. 11Bulan sahaja :'( , Sedih and now, i still love my ex. Alhamdulilah, kiteorang still contact lagi. Btw, thanks untuk tips nie, amat bagus! Keep it up :)
@CtAyue alhamdulillah..akak kahwin jugak yer...harap-harap saya pun akan jdi mcm akak jugak nanti :)
@ucupiza mcm saya la jugak...memang jarang jumpe..wlpn jrg jumpe apa yg penting adalah setia kan?
thx fr da tipps.sy belom bercinta jarak jaoh ag,tapi bakal2 kot setat bulan 6 ni.sedihh..huu doakan kitorang ye.
cinta kalau kuat jauh mana pun okay ..lagi2 cinta ilahi :D selalu dekat kann ~
memang pun, cita jarak jauh ni memerlukan kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan. kalau nak ikutkan sy pun bcinta jarak jauh jugak jumpe pun 2 bulan sekali je, tapi alhamdulilah nak masuk 2 tahun sudah.. :D
@norfarhanah dulu saya pun belum terfikir nak wt tips ney haha...bagus la klu msh boleh cntct ex..kalau saya...ishh tak nak la hihihi
@atiqa aris ney mesti student kan??
@MuaRbetul tu...jauh bukan penghalang dlm perhubungan...
@Aboy93 alhamdulillah..sayaa 6bulan sekali nak jumpe pun belum tentu la...msh2 bz ngan keje...tp bersyuur sangat ktorg msh ag boleh bersama....
Wahhh , superbbbbb entry! ^^
Gambar yg cantik XD
dulu mmg percaya cinta jarak jauh blh kekal asalkan adanya kejujuran, keikhlasan, kepercayaan, kesetiaan.. tapi kalo kesetiaan dari sebelah pihak je.. x cukup gak semua tu..
nasib yg sama jgk..sntsa dlm doa agar hbgn d kekalkn.. :)
sy bercinta jarak jauh..huhu..
@AMNAgmbr je yg cntik??? haha
@ejulz sama la jugak dengan cinta jarak dekat ney, kalau kesetiaan dri sebelah pihak je tak cukup gak kan??
@Blossom Heart aminn
@Saya Disini sama la kita haha...semoga kekal yer :)
menarik...dugaan dan cabaran mmg hebat...but di sini kita boleh menilai ^^
@~ Mr Ej ~ betul2
Post a Comment