Assalamualaikum >_<
sumber
Kita sebagai umat Islam janganlah terpedaya dengan ramalan hari kiamat pada 21 Disember 2012. Kiamat tetap akan berlaku tetapi hanya Allah swt sahaja yang tahu bila tiba masanya. Orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam.
Para pengkaji Barat menyatakan kenyataan tersebut berdasarkan kalendar Maya yang merupakan satu kaum yang pernah wujud sebelum zaman nabi Isa.Kaum tersebut mahir dalam bidang astronomi, ilmu bintang. Hal ini telah dibuktikan dengan wujudnya sistem kalender mereka mengikut pengiraan mereka sendiri. Tarikh yang tercatat pada kalendar tersebut bermula pada zaman mereka dan berakhir pada 21/12/2012.
Pengkaji Barat tidak mengetahui mengapa tarikh kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012. Oleh itu, dengan mudahnya mereka menyatakan bahawa kiamat berlaku pada 21/12/2012. Sangat tak logik kan korang??
Siapalah kita untuk menentukan tarikh kiamat itu ? Hari kiamat merupakan antara rahsia Allah yang kekasihnya(rasulullah) sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Allah merahsiakan tarikh tersebut bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya akan kebenaran hari kiamat.
Hari kiamat tetap akan berlaku, kerna rasulullah sendiri pernah bersumpah demi hari kiamat. Ini bermakna, hari tesebut tetap akan berlaku. Namun, rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikhnya.
INGAT HARI KIAMAT TETAP AKAN BERLAKU TETAPI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGETAHUI NYA BUKAN ORANG KAFIR YANG BEGITU MUDAH MENETAPKAN TARIKH KIAMAT.
15 comments:
betul. jangan terpedaya dengan dakyah org kafir =)
Yaa, sara pun ta rasa kiamat tu akan belaku untuk tahun ini..
mak aih siap kemas2 barang plak..macam la kalau pindah tempat leh elak kiamat.kiamat kan rahsia Allah, cuma apa yang kita boleh tau tentang kiamat ni..dia berlaku pada hari Jumaat
Mengarut je diorang ni. Dah takda keje la tu kan...
Hanya Allah yg lebih mengetahui......
haha apa lah mnusia ni...mcm2 hal lah! Allah dh tentukan bila kiamat kita sbgai mnusia kena beribadat kepadaNya..
Hanya Tuhan je yg tahu bila tarikh kiamat..
Hanya ALlah yang tahu.. kalau kiamat dah tak perlu semua stok tu
betul tu...jangan percaya pada ramalan2 ni..sebab hari kiamat, jodoh, ajal tak boleh diramal..ia adalah rahsia Allah...
hanya ALLAH saja yang tahu bila
org barat ni saje cari sensasi je nihh..
masyaallah..
hahaha..lawak juga dorang ni..emmm..
tiada siapa yang akan tahu rahsia ALLAH.
Semuanya kuasa Allah...
Allah yg maha berkuasa menetukan bila kiamat..
azza..kak fieda rasa inchloss tu ok sbb sepupu kak fieda dh turun 2 kg..kak fieda nak try gak ni...
Post a Comment