Panik "Kiamat 21 Disember"

Assalamualaikum >_<



sumber

Kita sebagai umat Islam janganlah terpedaya dengan ramalan hari kiamat pada 21 Disember 2012. Kiamat tetap akan berlaku tetapi hanya Allah swt sahaja yang tahu bila tiba masanya. Orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Para pengkaji Barat menyatakan kenyataan tersebut berdasarkan kalendar Maya yang merupakan satu kaum yang pernah wujud sebelum zaman nabi Isa.Kaum tersebut mahir dalam bidang astronomi, ilmu bintang. Hal ini telah dibuktikan dengan wujudnya sistem kalender mereka mengikut pengiraan mereka sendiri. Tarikh yang tercatat pada kalendar tersebut bermula pada zaman mereka dan berakhir pada 21/12/2012.

Pengkaji Barat tidak mengetahui mengapa tarikh kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012. Oleh itu, dengan mudahnya mereka menyatakan bahawa kiamat berlaku pada 21/12/2012. Sangat tak logik kan korang??

Siapalah kita untuk menentukan tarikh kiamat itu ? Hari kiamat merupakan antara rahsia Allah yang kekasihnya(rasulullah) sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Allah merahsiakan tarikh tersebut bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya akan kebenaran hari kiamat.

Hari kiamat tetap akan berlaku, kerna rasulullah sendiri pernah bersumpah demi hari kiamat. Ini bermakna, hari tesebut tetap akan berlaku. Namun, rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikhnya.


INGAT HARI KIAMAT TETAP AKAN BERLAKU TETAPI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGETAHUI NYA BUKAN ORANG KAFIR YANG BEGITU MUDAH MENETAPKAN TARIKH KIAMAT. 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

16 comments:

Atyra Pink said...

kita pon tak tahu bila kiamat.semua Allah tentukan.

al_hakim said...

betul. jangan terpedaya dengan dakyah org kafir =)

sarasyaiera (: said...

Yaa, sara pun ta rasa kiamat tu akan belaku untuk tahun ini..

afzalsukasuki said...

mak aih siap kemas2 barang plak..macam la kalau pindah tempat leh elak kiamat.kiamat kan rahsia Allah, cuma apa yang kita boleh tau tentang kiamat ni..dia berlaku pada hari Jumaat

Hazmin Hamudin said...

Mengarut je diorang ni. Dah takda keje la tu kan...

Remy hazza said...

Hanya Allah yg lebih mengetahui......

hazwan hairy said...

haha apa lah mnusia ni...mcm2 hal lah! Allah dh tentukan bila kiamat kita sbgai mnusia kena beribadat kepadaNya..

IntaNBerliaN said...

Hanya Tuhan je yg tahu bila tarikh kiamat..

syiela said...

Hanya ALlah yang tahu.. kalau kiamat dah tak perlu semua stok tu

boni kacak said...

betul tu...jangan percaya pada ramalan2 ni..sebab hari kiamat, jodoh, ajal tak boleh diramal..ia adalah rahsia Allah...

QasehnyaRania said...

hanya ALLAH saja yang tahu bila

itu Akhil said...

org barat ni saje cari sensasi je nihh..

Arina Shamsul said...

masyaallah..

hahaha..lawak juga dorang ni..emmm..

tiada siapa yang akan tahu rahsia ALLAH.

Si Matatajam said...

Semuanya kuasa Allah...

fieda said...

Allah yg maha berkuasa menetukan bila kiamat..

fieda said...

azza..kak fieda rasa inchloss tu ok sbb sepupu kak fieda dh turun 2 kg..kak fieda nak try gak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...