Malang Tidak Berbau Aku Digigit Lipan!

Assalamualaikum >_<


Korang pernah tak digigit oleh lipan? Serius korang Azza ney la kali pertama kene gigit dengan lipan. Hanya Allah saje yang tahu betapa sakitnya kaki Azza ney.

Ney gara-gara Azza bangun tidur nak pergi toilet la dalam pukul 2.30 pagi. Rumah gelap maklum jer la kan time orang tidur mana ada pasang lampu. Sampai jer kat ruang tamu Azza terpijak sesuatu dan terus ada satu gigitan dekat kaki. Azza buka je lampu terus nampak lipan. Kira besar la jugak lipan tu. Lipan tu lari tak sempat nak bunuh. Azza buat tak tahu jer malas nak kacau mak ayah yang sedang enak dibuai mimpi hihi sebab waktu tu Azza cuma terasa sakit macam digigit tebuan jer. Letak minyak boleh lega (fikiran Azza jer la). Tapi makin lama makin sakit. Air mata dah mula mengalir dah ney. Apa lagi panggil la mak ayah.

Waktu tu darah dah mula mengalir. Mak sapu jer minyak apa lagi meraung la Azza (dah macam budak kecik dah masa tu haha). Ayah cakap kalau macam ney kene pergi klinik. Sementara nak tunggu ayah keluarkan kereta Azza tanya mak.

Azza: Mak tak payah pergi klinik tak boleh ker? (Dalam hati takut)
Mak: Mana boleh kene pergi jugak. Nanti doktor cucuk kasi hilang rasa sakit tu
Azza: Cucuk? (Telan air liur dah ney). 
Mak: Yela kene cucuk. Cucuk kat punggung sebab kene gigit dekat kaki.
Azza: Punggung??(dalam hati uwaaaa tak nak)

Dalam kereta masa tu dengan ayah jer. Hati tak tenang bukan sebab sakit tapi takut kene cucuk. Maklumlah last pun masa zaman sekolah dulu. Ney apatah lagi dekat punggung. Tak pernah tau. Malu hahahaha.

Azza: Ayah memang kene cucuk punggung ker?
Ayah: Yela.
Azza: Tak leh mintak kat doktor ker kalau dekat tangan. (padahal kalau kat tangan pun tak nak jugak hihi)
Ayah: (Diam jer)

Sampai jer dekat klinik doktor suruh duduk atas katil. Apahal nak kene pergi ker katil. Jangan disuruh aku meniarap sudah la. Lepas doktor tu spray ubat apa tah kat kaki Azza (sejuk weh ubat tu) doktor dah mula pegang jarum. Alhamdulillah nasib baik kat tangan. (doktor pun malu jugak kot yela doktor laki hahaha). Selesai jugak.

Balik rumah lepas makan ubat Azza terus tidur. Ya Allah sampai pagi tak boleh tidur langsung sebab sakit yang teramat sangat. Meraung sorang-sorang waktu tu.

sumber: google

Sekarang dah dua hari berlalu. Rasa sakit makin kurang tapi kaki Azza dah macam kaki orang obesiti jer. Kaki gemuk. Ada orang panggil macam kaki gajah dah :'(. Nak pakai kasut pun tak muat. Tak tahu la sampai bila kaki Azza akan membengkak. Nak upload gambar kaki yang bengkak tu malu la pulak hihi

Ada siapa-siapa pernah kene gigit dengan lipan tak? Jom kongsi dengan Azza.





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

14 comments:

Nur Fahz said...

Ya Allah adik..sakitnya kak fahz yg rasa.Bisa lipan mmg ada kalanya mmg bahaya.semoga bengkak tu cepat surut ye.

Kelana Cinta said...

Alololo...Azza.Sakit ?

Meera Ishak said...

:'/ dengar pun meera dah seram. ape2 pun cepat sembuh ea kak :')

hnahdy said...

nasib p cucuk.. buang racun dalam badan kot

boni kacak said...

wah... nasib baik doktor tu tak cucuk kat punggung. kalau tak, dapat free2 je rezeki.hahahahaa.. saya tak pernah kena gigit lah dengan lipan.. memang nak elakkan.. sebab menakutkan.. bisa dia tu bahaya... sama macam bisa kala jengking..

Azza Afdzal said...

@Nur Fahz arap2 sangat kak bengkak ney cepat surut

Azza Afdzal said...

@Kelana Cinta sakit sangat2..

Azza Afdzal said...

@Meera Ishak tak kene dah seram ek..cuba kalau kene meraung la kalau yg xtahan hihi...thx tau...

Azza Afdzal said...

@hnahdy selalu nya mmg kene cucuk pun kalau kene binatang berbisa ney

Azza Afdzal said...

@boni kacak jgn la malu hahaha..ney pun first time kene tau..

hazwan hairy said...

seram ja bca..bhya tau kalau lipan ni...

Remy hazza said...

pernah jugak..... dgn kala jengking pun pernah...... temingat ngan tebuan pun dah.... he3... rumah kat kampung...camtu lah......
sakit jugak ler......tapi sebab lelaki...kena maintain smile.....he3

QasehnyaRania said...

penah kena gak :D
sakit ooo

fieda said...

ishh..ngeri plk kak fieda baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...