Hukum Sambut Tahun Baru

Assalamualaikum >_<



Pejam celik pejam celik hari ney hari terakhir dalam tahun 2012. Esok kita sudah masuk tahun baru iaitu tahun 2013. Mesti korang jugak merasa yang masa cepat sangat berlalu kan? 

Bila sebut sahaja tahun baru sudah tentu malam ney ada diantara kita yang akan sambut countdown kan. Ada artis la dan yang paling best sudah tentu bunga api kan haha. Azza dah lama tak sambut countdown sebab Azza tak berapa suka sangat suasana orang ramai, bising dan merimaskan.

Sebagai orang Islam adakah kita boleh sambut tahun baru masihi dan apa hukumnya Mari kita lihat hukum sambut tahun baru.

Hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;

1.  Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

2.  Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

3.  Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

4.  Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
 
                                                                                                                                    ~Ustaz Zaharuddin~

Sambutan akan menjadi HARAM jikalau;

Sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.  


Jadi kita sebagai umat Islam haruslah pandai mengatur cara sambutan agar ia tidak melanggar undang-undang Islam.




p/s tahun 2013 umurku sudah jadi 24 tahun la. Dah tua rasanya kan hihihi


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

8 comments:

Cik Bunny said...

selamat tahun baru, moga tahun ni lebih ohsem dari tahun sebelum ni ~keke ^_^

SyamimiNazifa said...

tak pernah sambut sebenarnya, sebab ayah tak suka ramai orang.

afzalsukasuki said...

nak tambah sikit :)

sambutan jadi haram kalau sambut kat kedai tikam nombor :D

selamat tahun baru azza afzal eh tersama nama plak :P

hazwan hairy said...

betul! tp susah nk jmp yg xde cmpur2,yg xde konsert2 ..haha..

hepy new year :-)

ejulz said...

hepy nuyer.. yang penting tau jaga batas2 pergaulan.. :)

boni kacak said...

saya lebih selesa sambut kat rumah je.hehehe..lebih terjamin :)

kinara kinatara said...

stuju dengan di atas..huhu...kina x pernah sambut..:)

fieda said...

selamat tahun baru azza..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...