Tips Nak Ambil Keputusan Peperiksaan

Assalamualaikum >_<


Esok result SPM keluar la. So macam mana adik-adik? Dah buat persediaan ker nak ambil result besok. Confirm ada yang tak lalu nak makan la, tak boleh nak tidur la. Betul kan?? Macam saya jugak dulu, sampai terbawak-bawak dalam mimpi punye la takut nak ambil result dulu hihihi. 



Aduhai takutnya nak ambil result besok. Tak nak ambil la besok. Nak ambil lepas kawan-kawan dah balik la. Macam mana kalau keputusan aku teruk. Malunya. Haha bile difikirkan balik rasa kelakar tengok perasaan seseorang mase nak ambil result nanti. 

Jangan risau ye adik-adik akak di sini nak kasi beberapa tips supaya adik tenang ketika nak ambil result besok. Cewah aku ney haha...



Tips-tipsnya


1. Sebelum keluar rumah minta maaf dari ibu bapa korang. Salam diorang dan minta supaya mereka doakan korang dapat keputusan yang baik.


2. Sentiasa berselawat dan berzikir supaya hati kita tenang dan akan bersyukur keputusannya nanti.


3. Kalau boleh tu datang awal. Bukan apa nanti kalau korang terlewat korang sorang-sorang yang kene ambil. Tak ketakutnya namanya tu. Sekurang-kurang kalau datang awal boleh la ambil dengan kawan-kawan yang lain.


4. Perut korang kene diisi dengan makanan ok. Buat korang dapat keputusan teruk ini boleh mengelakkan korang supaya tidak pengsan kerana terkejut.


5. Jangan gelojoh nak ambil result. Jumpalah guru-guru dulu, rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa lepas habis sekolah dulu. Minta maaf dari mereka sama.


6. Ambil keputusan dengan tenang. Jangan tunjuk muka korang yang tengah gelabah tu ok


7. Banyakkan berdoa supaya Allah akan memberikan keputusan korang dengan baik. 


8. Sesudah dapat result, ucapkan perkataan Alhamdulillah kalau keputusan korang baik dan kalau keputusan korang kurang baik, baliklah rumah dan tenangkan diri. Anggap itu bukan rezeki korang.


Itu sahaja tips-tips yang boleh adik-adik gunakan. Akak nak ucapkan tahniah kepada bakal-bakal yang dapat keputusan yang cemerlang. Dan yang kurang cemerlang tu tak apa bersabar je la ok. Mungkin korang boleh repeat semula ke hihi..


Ok adik-adik semoga berjaya.


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

15 comments:

Cik FaRiZaM said...

skrang leh cek rsult pakai sms derrrr....hebat kan????

moga adik sy beroleh kecemerlangan

Ummu Aiman said...

amek result petang, sbb tau dh sy akn jd spoiler kelas, smua pndai2, sy ja tak pandai. hee.

Azza Afdzal said...

@Cik FaRiZaM

owhhh ada adik yg nak amek spm...gud luck untuk adik awak yer..

Azza Afdzal said...

@Ummu Aiman
calon spm ke ney?? kalau yer semoga dapat keputusan yang cemerlang :)

najibah('; said...

akak , terima kasih dengan tip2 y akak bagi . doakan kami taww semoga dapat result y cemerlang . InsyaAllah , amin :)

hoNey eqIn said...

thanks 4 the tips..seram gk nie nak g amex result esok..wish me luck kay..thanks :)

Azza Afdzal said...

@najibah(';
sama-sama dik...
kak doakan dik akan dpt keputusan yang cemerlang...aminnn

Azza Afdzal said...

@hoNey eqIn

banyakkan berdoa kan nk g amek result tu...gudluck dear :)

eiyna zhafirah said...

thanks atas tip2 tue :)
akak doakan saya yea ? ^_^ TQ

Izz Faizah said...

hehe...thanks kak for the tips.. :) sbnarnye cuak sgt ni..

anNaqia said...

kalo time saya dulu, makan pun xlalu. haha. kecut perut punye pasal.

Azza Afdzal said...

@Izz Faizah
@eiyna zhafirah

tenangkan hati korang tu...gud luck k..

Azza Afdzal said...

@anNaqia
sama la kite hihi

Anonymous said...

walaupun saya bukan spm candidates.. thank you untuk tips2 tu..

shahrul firdaus said...

sy bdak spm taon 2013, pd 2o hri bulan nih rsult kuar, huhh mmg prasaan tuh brcmpur baur skali... tp sy hrap sy dpt kptusan yg trbaikk buat sy n begitu jga kwan2 n smua skola di malaysia nihhhh ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...