Hukum Sambut Tahun Baru

Assalamualaikum >_<



Pejam celik pejam celik hari ney hari terakhir dalam tahun 2012. Esok kita sudah masuk tahun baru iaitu tahun 2013. Mesti korang jugak merasa yang masa cepat sangat berlalu kan? 

Bila sebut sahaja tahun baru sudah tentu malam ney ada diantara kita yang akan sambut countdown kan. Ada artis la dan yang paling best sudah tentu bunga api kan haha. Azza dah lama tak sambut countdown sebab Azza tak berapa suka sangat suasana orang ramai, bising dan merimaskan.

Sebagai orang Islam adakah kita boleh sambut tahun baru masihi dan apa hukumnya Mari kita lihat hukum sambut tahun baru.

Hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;

1.  Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

2.  Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

3.  Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

4.  Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
 
                                                                                                                                    ~Ustaz Zaharuddin~

Sambutan akan menjadi HARAM jikalau;

Sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.  


Jadi kita sebagai umat Islam haruslah pandai mengatur cara sambutan agar ia tidak melanggar undang-undang Islam.




p/s tahun 2013 umurku sudah jadi 24 tahun la. Dah tua rasanya kan hihihi


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Terima Mini Calendar dari Shida Radzuan

Assalamualaikum >_<


Sampai saja dekat rumah tadi terus ayah cakap dalam tu bilik ada surat. (Surat apa pulak yer). Ayah cakap malas nak buka kot-kot la dari pakwe. Dari pakwe?? Cehh bertuah la sangat. Tengok-tengok atas katil alahai comey nya sampul. Kecik sampul nya. Belum buka lagi dah boleh tahu daripada siapa sebab kt belakang ada sticker penghantarnya. Serius Azza hampir lupa pasal ney. (Muda lagi dah lupa yer hihi).


Terima kasih kepada Shida Radzuan pemilik blog DUNIA SEBENAR SHIDA

Macam mana Azza boleh dapat korang boleh tengok sini -->> SINI



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 21 (Cinderella Mencium Aaron Aziz)

Assalamualaikum >_<





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017?

Assalamualaikum >_<

Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017?

LONDON – Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesasat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.
Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’ Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. – DM


p/s apa nak jadi la dengan diorang ney. Macam-macam diorang buat ramalan. Ney semua betul-betul nak merosakkan akidah umat Islam untuk mempercayai semua ney.


sumber: mynewshub.my



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir

Assalamualaikum >_<

Kalau korang rasa korang tak ada idea untuk update entry korang apa kata korang join Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir. Korang hanya tekan banner di bawah sahaja kalau korang nak join




Due date 22.12.2012- 31.12.2012




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

26th Birthday Giveaway by ShidaR

Assalamualaikum >_<






Tarikh Tutup : 31 December 2012 (18 - 31 dec 2012)



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Skema Jawapan (Soalan yang Kerap Ditanya)

Assalamualaikum >_<



Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" 
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu feri lalu kat sini, lambat plak ari nie ye" 


Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?" 
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" 
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan laa plak...tangan aku bergerak sendiri"


Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?" 


Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"


Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, tgk muka diapastu jeritkan GOAL!!! kt telinga dia. 


Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanya: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Naruto dari Planet Jingga...ko tunggu jap nanti Otromen tue kuar".






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segment : King Follow Back by Amercorner

Assalamualaikum >_<



Soalan : Nyatakan sebab anda perlu dinobatkan sebagai king follow back
Jawapan : Insyaallah saya akan follow balik especially apabila datang dari segmen yang sama

Soalan : Nyatakan sebab blogger lain perlu join segment ini.
Jawapan : Sesiapa yang join segmen ini sudah pasti followers peserta akan bertambah.




Segment bermula 5.12.2012 hingga 6 January 2013.



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Panik "Kiamat 21 Disember"

Assalamualaikum >_<



sumber

Kita sebagai umat Islam janganlah terpedaya dengan ramalan hari kiamat pada 21 Disember 2012. Kiamat tetap akan berlaku tetapi hanya Allah swt sahaja yang tahu bila tiba masanya. Orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Para pengkaji Barat menyatakan kenyataan tersebut berdasarkan kalendar Maya yang merupakan satu kaum yang pernah wujud sebelum zaman nabi Isa.Kaum tersebut mahir dalam bidang astronomi, ilmu bintang. Hal ini telah dibuktikan dengan wujudnya sistem kalender mereka mengikut pengiraan mereka sendiri. Tarikh yang tercatat pada kalendar tersebut bermula pada zaman mereka dan berakhir pada 21/12/2012.

Pengkaji Barat tidak mengetahui mengapa tarikh kalendar Maya berakhir pada 21/12/2012. Oleh itu, dengan mudahnya mereka menyatakan bahawa kiamat berlaku pada 21/12/2012. Sangat tak logik kan korang??

Siapalah kita untuk menentukan tarikh kiamat itu ? Hari kiamat merupakan antara rahsia Allah yang kekasihnya(rasulullah) sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Allah merahsiakan tarikh tersebut bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya akan kebenaran hari kiamat.

Hari kiamat tetap akan berlaku, kerna rasulullah sendiri pernah bersumpah demi hari kiamat. Ini bermakna, hari tesebut tetap akan berlaku. Namun, rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikhnya.


INGAT HARI KIAMAT TETAP AKAN BERLAKU TETAPI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGETAHUI NYA BUKAN ORANG KAFIR YANG BEGITU MUDAH MENETAPKAN TARIKH KIAMAT. 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com

Assalamualaikum >_<


Syarat-Syaratnya :
  1. Buat satu entri bertajuk “RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com” dan linkkan ke entri www.eyriqazz.com
  2. Klik G+ di entri ini –> http://goo.gl/K4M0u
  3. Pergi ke link ini –> http://goo.gl/GFi9z
  4. Klik register, dan registerkan details anda
  5. Kembali ke link –> http://goo.gl/GFi9z  dan Log in
  6. Vote Eyriqazz.com dan 2 blog lain terpulang kepada anda.
  7. DI akhir entri anda, copy dan masukkan ayat ini “Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian

Tinggalkan permalink entri di komen entri ini..
Selesai. Tarikh tutup pada 11.59 malam, 24 December 2012.
5 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.

Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Malang Tidak Berbau Aku Digigit Lipan!

Assalamualaikum >_<


Korang pernah tak digigit oleh lipan? Serius korang Azza ney la kali pertama kene gigit dengan lipan. Hanya Allah saje yang tahu betapa sakitnya kaki Azza ney.

Ney gara-gara Azza bangun tidur nak pergi toilet la dalam pukul 2.30 pagi. Rumah gelap maklum jer la kan time orang tidur mana ada pasang lampu. Sampai jer kat ruang tamu Azza terpijak sesuatu dan terus ada satu gigitan dekat kaki. Azza buka je lampu terus nampak lipan. Kira besar la jugak lipan tu. Lipan tu lari tak sempat nak bunuh. Azza buat tak tahu jer malas nak kacau mak ayah yang sedang enak dibuai mimpi hihi sebab waktu tu Azza cuma terasa sakit macam digigit tebuan jer. Letak minyak boleh lega (fikiran Azza jer la). Tapi makin lama makin sakit. Air mata dah mula mengalir dah ney. Apa lagi panggil la mak ayah.

Waktu tu darah dah mula mengalir. Mak sapu jer minyak apa lagi meraung la Azza (dah macam budak kecik dah masa tu haha). Ayah cakap kalau macam ney kene pergi klinik. Sementara nak tunggu ayah keluarkan kereta Azza tanya mak.

Azza: Mak tak payah pergi klinik tak boleh ker? (Dalam hati takut)
Mak: Mana boleh kene pergi jugak. Nanti doktor cucuk kasi hilang rasa sakit tu
Azza: Cucuk? (Telan air liur dah ney). 
Mak: Yela kene cucuk. Cucuk kat punggung sebab kene gigit dekat kaki.
Azza: Punggung??(dalam hati uwaaaa tak nak)

Dalam kereta masa tu dengan ayah jer. Hati tak tenang bukan sebab sakit tapi takut kene cucuk. Maklumlah last pun masa zaman sekolah dulu. Ney apatah lagi dekat punggung. Tak pernah tau. Malu hahahaha.

Azza: Ayah memang kene cucuk punggung ker?
Ayah: Yela.
Azza: Tak leh mintak kat doktor ker kalau dekat tangan. (padahal kalau kat tangan pun tak nak jugak hihi)
Ayah: (Diam jer)

Sampai jer dekat klinik doktor suruh duduk atas katil. Apahal nak kene pergi ker katil. Jangan disuruh aku meniarap sudah la. Lepas doktor tu spray ubat apa tah kat kaki Azza (sejuk weh ubat tu) doktor dah mula pegang jarum. Alhamdulillah nasib baik kat tangan. (doktor pun malu jugak kot yela doktor laki hahaha). Selesai jugak.

Balik rumah lepas makan ubat Azza terus tidur. Ya Allah sampai pagi tak boleh tidur langsung sebab sakit yang teramat sangat. Meraung sorang-sorang waktu tu.

sumber: google

Sekarang dah dua hari berlalu. Rasa sakit makin kurang tapi kaki Azza dah macam kaki orang obesiti jer. Kaki gemuk. Ada orang panggil macam kaki gajah dah :'(. Nak pakai kasut pun tak muat. Tak tahu la sampai bila kaki Azza akan membengkak. Nak upload gambar kaki yang bengkak tu malu la pulak hihi

Ada siapa-siapa pernah kene gigit dengan lipan tak? Jom kongsi dengan Azza.





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...