Terajang Bayi

Assalamua;aikum >_<



KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.
Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

sumber: Harian Metro (13/7/2012)

p/s Azza memang geram sangat bila melibatkan kes dera bayi mahupun kanak-kanak. Tak ada sifat berperikemanusiaan langsung. Yang amah ney satu dah marah dekat majikan terus terang saja la. Ney tak lepaskan pada bayi yang tak tahu apa-apa. Orang macam tu terus pi hantar balik je kat negara sendiri lepas tu jangan benarkan datang Malaysia untuk selamanya.
mood geram dah datang :p

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

7 comments:

Buatbest said...

sampai hati..kesian kt budak tu..aduss~

Yuliana Wahit said...

ishhh.. memang pantang betol lah yuyu kalau bab2 bayi ni.. sakit hati pulak..

anyway.. done follow u. dear..
http://www.sayeshukepink.com/

~ miSs rAkinAh ~ said...

anak2 jadi mangsa..isk3

Unknown said...

http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-fatin-fatini.html mari join sini dear..banyak hadiah menarikkk...

SN said...

astaghfirullah ..

fieda said...

giler la org ni..

9n0L4 said...

haah. entah pape je org yg suke pukul budak budak kan. mcmlah budak tu reti pape.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...