Lembah Lenggong Diiktiraf Unesco

Assalamualaikum >_<


Alhamdulillah permintaan Malaysia untuk jadikan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia akhirnya telah di iktiraf oleh UNESCO selepas Georgetown dan Melaka. Bangga la kejap jadi orang Lenggong ney hihihi. 

Kenapa Lenggong?? Sebenarnya Lenggong adalah sebuah tapak yang mana semua zaman seperti zaman Paleolitik, Neolitik dan Gangsa dapat disatukan sejarahnya dan artifak di Malaysia di Malaysia. Antara artifak yang terkenal di sini ialah "Perak Man". Maklumat lanjut korang boleh tengok SINI. Dulu sebut Lenggong pun orang tak berapa kenal tau. Tapi sekarang ney tempat yang orang tak kenal tu boleh diiktiraf tapak warisan dunia. Sebut Lenggong orang kan ingat Perak Man. 

Perak Man

Perak Man ney di jumpai di Gua Gunung runtuh. Tapi kalau korang nak tengok bukan kat gua tu tau. Kat gua tu cuma tinggal tapak sahaja. Boleh patah kaki kalau nak tengok dekat gua tu. Gunung weh korang. Azza pergi pun tercungap-cungap hihihi. Kalau nak tengok korang boleh pergi ke Muzium Arkeologi Lenggong. Disana macam-macam korang boleh tengok bahan-bahan artifak.


Adik-adik yang masih bersekolah tu ambil tau sama yer pasal Perak Man yer mana la nak tau kan kot-kot masuk dalam exam nanti :p

Serba sedikit tentang sejarah Lenggong korang boleh tengok SINI. Korang jugak boleh tengok SINI kalau nak tahu tempat-tempat menarik di Lenggong..

Saya bangga jadi rakyat Lenggong walaupun Lenggong tak terkenal macam tempat-tempat lain. 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

10 comments:

suwara entertainment said...

akak pernah pegi sekali je kot kt sini..hehehehe..mase tu otw ke kedah :D

Irshadim said...

sepupu aku duduk lenggong oooo.. tempat ni memang sejuk.

Nadiaafarhanaa said...

perak man?? selalu masuk sejarah pmr hehe :)

Ana Farhana said...

x pnh jejak lg..

ZieMarziah said...

eh yeke?x tau pn hehe wah bangga la suami sy

hazwan hairy said...

PERNAH PEGI SEKALI JA...

dhiashahida said...

info bawu ni..teringin jugak nak g...:)

Fieza Sani said...

bangga jugak jadik rakyat negeri perak w/pun bukan dari daerah Lenggong..akak dari kuala kangsor.. hihi

9n0L4 said...

ooooo perak, ingatkan nogori. ;)

Unknown said...

Kepada sesiapa yang pernah melawat Lembah Lenggong, sila tolong saya mengisi borang soal selidik ini. Pertolongan amat dihargai. This survey is for those who had visited Lengong Valley. Your help in filling this survey is much appreciated. Thanks for your time.
https://docs.google.com/forms/d/1ivGJ8Y1ItP5bWMnx9c5fchuqwO5ILecC7hZRbbqc4Oc/viewform?sid=4b7da8ad91d65059&token=2ppaAj0BAAA.OC6H3uBI6dKUwkRU_K5sxg.frOELjaQ71i1OYdQekCVCw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...