Menara Jam Makkah adalah Menara Yang Terbesar di Dunia

Assalamualaikum >_<


Salam Jumaat kepada semua bloggers









Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Jam berkenaan juga menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar.


Big Ben, London

Ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

Setiap empat muka jam di puncak Menara Jam Diraja Mekah itu tidak sahaja menjadi satu mercu tanda yang hebat kepada dunia Islam itu amnya namun ia bakal mempunyai fungsi yang pelbagai.

Namun yang uniknya setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

Masyallah indahnya kan...Teringin sangat nak pergi sana





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

9 comments:

misshannajr said...

sama la teringin nak pergi sana..mudahan2 la ada rezeki :)

suwara entertainment said...

subhanallah..indahnya!

afzalsukasuki said...

bila bnyak bangunan pencakar langit.. maka tu tandanya kiamat makin hampir, dajjal akan tiba :(

purplekyu^_^ said...

info menarik! thanks sudi kongsi :D

Unknown said...

sangat sangat cantik. memang tak dapat dinafikan lagi

eyjalukman said...

cntek mnara jam nye kan ? thanks share :)

Yu. Syamz said...

subhanallah,,,bilalah waalid berpeluang ke sana..huhu

fieda said...

sangat indah..

Madam iEeDaZ said...

sungguh cantek dan indah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...