GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Komen Terakhir

Assalamualaikum >_<






RM30 x 5 pemenang harian



Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk SINI



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Apabila Segalanya Dipertontonkan Di Facebook

Assalamualaikum >_<



Sedang layan fb tadi tibe-tibe Azza ada terbaca satu artikel perbualan diantara dua orang sahabat mengenai 'apabila segalanya dipertontonkan di facebook'. Azza sangat setuju dengan pendapat mereka. So daripada Azza baca sorang-sorang lebih baik Azza pun berkongsi dengan rakan-rakan Azza sekali ye tak..... :-)

Perbualan diantara dua sahabat

Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali ini lebih tenang, apabila dia bersama dengan sahabatnya yang belajar di Mesir. Ehsan namanya. Sudah lama mereka tidak ketemu.


“Ko perasan tak, yang Facebook dah banyak berubah?”. Ehsan memulakan perbualan. Char koey teow special telah habis dijamahnya.


“Aah, aku perasan juga. Dah ada ticker sekarang ni, yang mana segala perbuatan kita di Facebook, akan diketahui umum. Malah, kalau upload gambar pun, punyalah besar apabila ada dekat wall tu. Dahsyat Facebook sekarang ni.” Rungut Azmi. Dia meneguk teh ais, sambil mengetap bibir kerana kesejukan.


“Hmm, itu yang aku risaukan. Bukannya apa, aku selalu terfikir. Bagaimana ketika di akhirat kelak, yang mana segala perbuatan kita akan dipertontonkan semula, samada perbuatan baik atau buruk. Tengok sajalah, kat Facebook pun, segala apa yang kita lakukan, akan keluar dekat ticker tu, dari ‘like’, ‘comment’ dan macam-macam lagi. Tidaklah aku katakan salah untuk bersosial, cuma perlulah berpada-pada. Kita tidak akan berasa segan sekiranya kita melakukan perkara yang bermanfaat di Facebook. Tetapi, malu sebenarnya, jika kita melakukan perkara yang melalaikan, yang mampu menimbulkan fitnah, kemudian dipertontonkan pula di khalayak ramai.” Ehsan meleter panjang.



“Aku pula cuma kurang suka sekiranya kawan-kawan perempuan aku, begitu seronok upload gambar kat Facebook. Bukannya apa, tidak ada salahnya untuk upload, tetapi tidak perlulah sehingga mendedahkan aurat, malah membuat gaya yang menggoda. Mata-mata yang liar begitu banyak memerhatikan mereka. Saham dosa semakin bertambah tanpa sedar. Tidak terkecuali bagi kawan-kawan lelaki juga yang suka mendedahkan aurat. Seolah-olah di akhirat, segalanya dipertontonkan di Facebook. Segala dosa-dosa akan dituntut di akhirat kelak.” Azmi menambah.


“Hmm, maka disebabkan itulah, kita kena pandai ambil peluang.” Ehsan menimbulkan tanda tanya dalam diri Azmi.
“Maksud ko?” Azmi menggelengkan kepala, tanda tidak mengerti.


“Orang selalu fikir bahawa laman web sosial ni, hanyalah tempat untuk kita bersosial sahaja, yang mana ikhtilat lelaki dan perempuan sudah tidak ada batasan. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan langsung dengan berlainan jantina di Facebook, namun, perlu menjaga batas pergaulan, sungguhpun hanya di alam maya. Janganlah sehingga menimbulkan fitnah dan syak wasangka, atas segala perbuatan kita yang dipertontonkan di Facebook tu.” Hujah Ehsan.


“Gunakan medium ini untuk berdakwah. Nak jadi da`ie mesti kreatif. Takkan nak tunggu kita belajar kat Mesir, amek jurusan Syariah, nak kena jadi ustaz, baru boleh berdakwah, kan? Dengan hanya menggunakan medium seperti Facebook sahaja, kita dapat menyebarkan Islam, memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, boleh sahaja kita post link-link agama yang bermanfaat, contohnya dari ILuvIslam. Kongsikan tafsir Al-quran dan juga Hadis. Kemudian boleh sahaja kita post link-link dari Youtube, video yang memberi pengajaran. Maka apabila dipertontonkan di Facebook, di khalayak ramai, sekurang-kurangnya kita melakukan perkara yang bermanfaat. Mungkin sahaja menjadi saham pahala bagi kita, bukannya menjadikan Facebook sebagai medium menambah dosa dan tempat meluahkan perasaan, kan?” Tambah Ehsan, panjang lebar.


“Hmm, aku setuju dengan pendapat ko. Tapi, bagaimana kalau sesetengah daripada kawan-kawan kita kurang bersetuju? Mungkin sahaja akan ada umpatan-umpatan liar mengatakan bahawa kita pun perangai tak seberapa, nak berdakwah kat orang lain pula.” Azmi cuba menguji Ehsan.


“Iya, tidak dinafikan memang ada sahaja yang tidak bersetuju dengan kita. Namun sedarlah, redha Allah lebih penting dari redha manusia, kan? Perlu menjadi sempurna dulu ke, untuk membuatkan kita berhak menasihati dan berdakwah kepada orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya kita dapat memperbaiki diri kita, sedikit demi sedikit.” Hujah Ehsan, padat.


“Betul juga apa yang ko cakap tu. Hmm, haa ko perasan sesuatu tak?”
“Tak pun. Perasan apa?”
“Aku rasa, tokeh kedai ni asyik pandang kita ja, rasanya dia macam dah nak tutup kedai.”
“Haha, agak arh, dah lewat ni kan, ok la, jumpa lagi nanti. Semoga segala apa yang kita bincangkan, memberi manfaat. Semoga Allah mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum.”
“Haa, waalaikumussalam.” Mereka berpisah, mengikut haluan masing-masing.


p/s kalau la semua orang macam ney kan bagus...




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Assalamualaikum >_<



Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


p/s join segmen sebab tak ada idea nak update entry la (^.^)




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Korang Nak Tahu Tak?

Assalamualaikum >_<


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

3. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

4. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

5. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

6. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

7. Semua beruang kutub adalah kidal.

8. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Google menjana keuntungan kira-kira $700 sesaat

11. Di Samoa, ianya merupakan satu jenayah apabila terlupa hari lahir isteri anda sendiri

12. Jika Wikipedia dikeluarkan dalam bentuk buku, ia akan mengandungi 2.25 juta mukasurat dan memerlukan lebih 123 tahun untuk dibaca

13. Jika anda terkentut secara berterusan selama 6 tahun 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk menghasilkan tenaga menyamai bom atom

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca blog ini akan cuba untuk menjilat sikunya SEBENTAR TADI….he.. he..he… .betul kan…??jgn tipu..ek…. Secara JUJUR,BETUL KAN?????? heheheee 

16. Dan satu lagi korang mesti tengok keyboard (papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER) sebenarnya :TYPE-WRITER- POWER-TOP- PORT-PRY- WET-TRY-WRITE- WIT-IT-OR- PRO-POW-TO- QUOTE-QUIT- PIT-ROUTE- TYPER-TROOPER- TRIP-PURR- dan lagi……






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Campak Bayi Dalam Tong Sampah

Assalamualaikum >_<



Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita
di Kuantan semalam.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Bernama


p/s bagi je la kat aku kalau tak nak anak tu hissshhh..mood-->marah




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Pulau Buatan Manusia yang Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum >_<


Otak manusia memang genius sehinggakan ada yang sanggup mereka pulau-pulau buatan sendiri. Jom kita lihat antara 6 pulau buatan manusia:


PULAU PALMA, DUBAI


Pulau Palma atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Palm Island. Ia merupakan pulau buatan di Dubai yang bentuknya menyerupai pohon palma. Pulau ini tidak dicipta untuk satu gugusan pulau sahaja, tetapi ia telah dicipta untuk tiga gugusan.
Pulau buatan menyerupai pohon palma ini telah diberikan sebagai Palma JumeirahPalma Jebel Ali, dan Palma Deira yang luasnya sekitar 25km dua kaki persegi. Pulau buatan ini dibentuk dengan cara reklamasi yang mana telah terbinanya lebih dari 100 hotel mewah, banglo perumahan, apartment, restoran, dan sebagainya.

THE PEARL, DOHA   

Terletak di Doha, Qatar seluas empat juta meter persegi. Pulau ni terletak kira-kira 350 meter dari luar pesisir West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer piggir laut yang digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman. terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang telah dibangunkan oleh United development Company.

THE WORLD (ARCHIPELAGO)



The World merupakan negara kepulauan tiruan pelbagai pulau-pulau kecil yang dibina dalam bentuk kasar peta dunia, yang terletak 4,0 kilometer (2.5 km) di luar pantai Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 

Setiap pulau akan terdiri dari 250,000 hingga 900,000 kaki persegi (23.226 kepada 83.613 meter persegi) dalam saiz, dengan 50 hingga 100 meter (164-328 kaki) air antara setiap pulau. Ia akan meliputi kawasan sebanyak 9 kilometer (5.4 batu) panjang dan 6 kilometer (3.6 batu) lebar, dikelilingi oleh pemecah ombak berbentuk bujur. Satu-satunya cara pengangkutan antara pulau-pulau akan oleh laut atau pengangkutan udara.

Durrat Al-Bahrain - Bahrain

Durrat Al Bahrain project Durrat Al Bahrain, One of the largest artificial island

Durrat Al Bahrain merupakan pulau buatan terbesar di Bahrain. Pulau ini terdiri dari 13 rangkaian pulau buatan dengan luas sekitar 20 juta meter persegi dengan bentuk 6 pulau berbentuk ikan dan 5 pulau berbentuk bulan sabit. Kemudahan di Durrat Al Bahrain begitu lengkap dengan hotel lima bintang, lapangan golf yang luas, 12 jambatan. Pembangunan pulau ini memakan dana sekitar US$ 13 billion.

Peberholm, Denmark

Oresund Bridge

Paberholm dirujuk sebagai lada pulau. Pulau tiruan di Denmark mempunyai kawasan 400x500 meter persegi pulau juga dilengkapi dengan kereta dengan terowong yang panjang 4050 meter ditambah dengan 2 lajur rel keretapi yang terpanjang di Eropah. Pulau ini juga dibina untuk menghubungkan kedua-dua negara yang Sweden dan Denmark. Pulau ini juga adalah titik penghubung antara terowong dan jambatan.

Pulau Thilafushi


Thilafusi awalnya adalah sebuah laguna yang mempunyai panjang 7 km dengan lebar 200 meter. Pulau ini lebih banyak digunakan untuk kegiatan industri seperti pembuatan perahu, simen kemasan, gas metana, dan pelbagai kegiatan industri dalam skala besar. Tapi sayangnya, pulau ini juga digunakan sebagai tempat pembuangan sampah terutama sampah-sampah dari hotel-hotel mewah yang mana mereka tidak menghancurkan limbah mereka secara peraturan.



p/s kalau la aku ada duit memang dah sampai dah aku kat sana haha..



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Spontaneous Thursday # 6 (Hutang)

Assalamualaikum >_<









♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif

Assalamualaikum >_<



Selamat petang. Entry kali ney saje suka-suka jer. Bosan tak tahu nak buat apa la. 

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.

5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.

7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.

8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.

9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.

10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.

13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.

17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.

24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.

25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

okey!!



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Assalamualaikum >_<


Moh sini teman nak cerita kat mike dari mane teman tinggal. Agak-agak mesti mike dah tau kan. Teman, mike confirm la mike dah tau haha. Ok lah teman ney asal Payrock oppss silap PERAK la.

Apa yang ada dekat Perak yer. Apa kata teman ceritakan ape yang menarik dekat kawasan teman tinggal. Kalau nak cerita pasal satu Perak confirm boleh jadi karangan 600 patah perkataan haha. Okey lah teman tinggal dekat Lenggong tau. Encik Apit, Lenggong tau bukan Ulu Legong kat Baling tu. Bukan ape setiap kali  orang Kedah tanya teman tinggal kat mana dan bila teman cakap tinggal kat Lenggong mesti akan tanya balik  "Owh kat kolam air panas tu ker". Eeee panas hati teman tau. Lenggong dengan Legong tu jauh tau bunyi cuma beza N jer la haha. 

Makanan yang menarik dekat Lenggong ney dah tentu la ikan pekasam. Sampai ke luar negara dema promosi tau ikan pekasam lenggong ney. Encik Apit mesti makan kan? Nak satu? haha

Lenggong adalah tapak arkeologi ala adik beradik dengan tapak arkeologi dekat Lembah Bujang kat Kedah tu la Apit hihi. Mike pernah dengar tak Perak Man (ingat balik sejarah form 4)? Ala manusia tertua tu di dunia. Haa Perak Man ney berasal dari Lenggong la. Nak tengok Perak Man datang la sini yer. Kerana itu Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Mike boleh tengok SINI . Cukup la kot setakat ney dah panjang berjela dah ney tau.

Tag: Semua blogger Perak..ala tak sempat nak tag sape-sape la sebab nak kene submit document la pulak ney.

ok bye bye....

MOH KITE KE PERAK WEH

p/s sebenarnya kat atas ney bukan loghat Lenggong pun. Loghat Lenggong ney dah bercampur dengan (Kedah + Kelantan). Sempadan. Karang korang xfaham pulak hihi




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Gemuk Sikit Hidup Lebih Lama

Assalamualaikum >_<




Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat badan ideal, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang menjalankan kaji selidik terhadap 11,300 orang dewasa selama 12 tahun itu tidak pasti mengapa perkara tersebut berlaku.

Kajian sama mendapati sepanjang tempoh itu, kelompok yang kurus cenderung menemui ajal lebih awal berbanding mereka dengan berat badan normal diikuti dengan kumpulan individu terlampau obes.

Berdasarkan penemuan itu, para penyelidik berkenaan menyatakan berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang.

Menurut mereka, seseorang yang memiliki berat berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif-Sumber


Agak-agak korang yang badan semakin berisi tu ada niat nak turun kan tak haha. Azza baru niat nak turunkan badan sejak badan Azza dah naik ney. Confius dah ney.Hmmmm

So apa pendapat korang?

p/s ajal dan maut di tangan Tuhan tak kira lah siapa gemuk siapa kurus kan ~~~



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 22 (Bunga Ros Kertas)

Assalamualaikum >_<





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...