Campak Bayi Dalam Tong Sampah

Assalamualaikum >_<



Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita
di Kuantan semalam.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Bernama


p/s bagi je la kat aku kalau tak nak anak tu hissshhh..mood-->marah




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

5 comments:

hazwan hairy said...

rasa cm nak lempang bertubi2 ja pmpn tu...gila betul! time seronok xpikir bayi xberslh kena.._terover lak

fieda said...

pelik..sng benor dia beranak..kalau kita yg betul2 ni punyalah payah..pastu dgn nk kena potong tali pusat la..

boni kacak said...

apa nak jadi lah zaman sekarang ni.. makin teruk.. dah macam tak ada perasaan je sekarang ni

Unknown said...

Kesiannya baby tu...
Daripada buang baby tu, baik bagi dengan orang yang mahukan anak...
Sedih sangat2 tengok baby tu bah...

P/S: Maaf...Dah lama Wilma tak BW di sini...Sibuk sangat2...

Anonymous said...

kesiannya........baby tu...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...