Siapa Cakap Suri Rumah Tidak Bekerja?

Assalamualaikum >_<

Cakap saja pasal suri rumah mesti orang lelaki akan cakap suri rumah ney tidak bekerja. Duduk rumah jer. Sebenarnya diorang tak tahu suri rumah la paling banyak buat kerja. Buat itu, buat ini semuanya demi keluarganya. Jom kita lihat situasi kenapa suri rumah paling banyak buat kerja


Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah: Contoh perbualan di antara Kaunselor, Encik Zainal. 

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????



p/s Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

12 comments:

Unknown said...

setuju tue ... isteri pon sbnrnya secara tdk langsung byk menolong suami, walaupon bkn dari wang ringgit tapi penat lelah dirumah

Puan Siti said...

betul tu wak...sbgai seorng lelaki @ di gelar suami perlu hargai isterinya kn....suri rumah mmg x perlu kelulusan, yg perlu cuma ketabahan & kesabaran jew...:P

nursuriani said...

bini dia yang lebih bekerja dan laki dia asyik duk sebut " dia tak bekerja, dia tak bekerja" alasan ler tuh

Unknown said...

Sangat setuju..sian suri rumah..kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Langsung xdak cuti. Kalau suri rumah cuti alamatnya suami tak makan, rumah berselerak, anak-anak tunggang langgang..hehe

Nory Zoulkefle said...

surirumah lagi lah byk keje,,,,dok opis boleh gak goyang2 kaki, online sampai lebam...hehe

Tie HT said...

as salam,
surirumah tugas yang mulia kan :)

Deela said...

jom baca 8sebab kenapa foundation anda harus dibuang.
http://payunghitamputih.blogspot.com

Anonymous said...

sy nak jadi suri rumah gini. dayus x

boni kacak said...

hahaha..nampaknya, nak kena jadi blogger fulltime la ni..baru boleh tolong isteri kat umah..hehehehe :P

Arina Shamsul said...

kesimpulannya,hargailah surirumah anda..hehehe.

eita said...

suri rumah lah yg paling banyak keje..

singgah dari blog cik bunny

Unknown said...

suri rumah lagi buat keje banyak huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...