Watak Kita pada Tshirt

Assalamualaikum >_<
T-shirt gambar tempat dan unik
Bagi korang yang gemar pakai t-shirt seperti Menara Kuala Lumpur. Hard Rock Café, New York dan sebagainya korang merupakan seorang yang adventure. Korang gemar ambik risiko dan tidak takut bersendirian.Korang tidak bergantung pada orang lain dan sangat berdikari. Korang juga berani, tegas, aktif dan tidak boleh duduk diam seperi mulut korang jugak la hehehe. Dan yang paling penting korang sangat peramah.

T-shirt gambar personaliti dan individu
Korang adalahh seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain tetapi korang hanya akan bergaul dengan kenalan rapat korang sahaja. Korang juga degil tau dan tidak mahu meneurut kata orang lain. Korang tidak peduli dan tidak gentar dengan ape yang orang kata pada korang. Korang juga seorang yang sombong dan membangga diri. Namun, sikap pemurah korang harus dipuji. Korang tidak lokek untuk mengeluarkan duit dan rajin menolong teman-teman rapat.

T-shirt logo atau lambang
Pasti lelaki suka pakai t-shirt gambar logo-logo seperti Adidas, Nike, Quiksilver atau sebagainya sebenarnya korang sangat mementingkan status. Bab berkawan korang sangat cerewet tau so siapa yang tak kenal korang sudah tentu akan anggap korang sombong. Korang boros dalam berbelanja dan amat gemar kepada suasana yang tenang dan sunyi. Haha namun korang sangat bersopan santun dan berbudi bahasa tau J

T-shirt gambar sekolah, IPTA atau IPTS
Ternyata korang bangga dan benar-benar menghargai tempat kamu belajar. Korang seorang yang bijak dan suka kedamaian. Korang tidak pandai berbohong dan tidak suka suasan yang
Bising dan pergaduhan. Bagi korang, semangat setiakawan amat menebal. Bagi tahu kat orang lain jangan panggil korang nerd kerana kamu matang dalam berfikir dan tidak mementingkan diri sendiri. Korang rajin tetapi kadang-kala agak malas apabila berhadapan dengan perkara yang korang tidak minat.

T-shirt gambar abstrak atau corak
Korang disifatkan sebagau seorang yang amat mementingkan sifat kekeluargaan. Bagi korang keluarga adalah segala-galanya. Korang seorang yang berjiwa seni dan mempunyai bakat semulajadi. Ramai teman-teman suka berkawan dengan korang tetapi korang seorang yang tudak dapat dijangka anginnya. Korang juga seorang yang cepat bosan dengan sesuatu. Korang cepat berfikir dan sering melontarkan idea. Korang juga ada cita rasa yang hebat namaun korang seorang yang tudak boleh menyimpan rahsia. Jaga-jaga!!
T-shirt berwarna neon
Shocking pink, electric blur, kuning jagung.. Mesti korang adakan?? Ternyata korang seorang yang sangat ingin menjadi tumpuan. Korang gemar mencari perhatian dan tidak suka hidup berseorangan. Korang suka dikelilingi dengan ramai teman-teman sehingga korang tidak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. Korang seorang yang perinag, popular dan suka berkawan. Awas, jangan sampai ada yang mengambil kesempatan terhadap sikap baik korang tu.

T-shirt gambar iklan
Hah, korang memang papan iklan bergerak hehehe.  Bagi korang yang gemar pakai t-shirt ini korang adalah seorang yang cepat mesra. Korang sangat cerewet dan berhati-hati terutama dalam soal kewangan. Pendek kata korang KEDEKUT….hahaha….Korang seorang yang ringkas dan tidak banyak ragam dan tidak suka masuk campur halo rang lain tetapi korang cepat naik angin!! Bahaya tu….

T-shirt gambar kartun dan watak
Korang seorang yang sangat open-minded. Korang mudah diajak berbincang dan pandai berjenaka. Padanlah ramai teman-teman gemar mendampingi korang. Korang terima pandapat orang lain dengan mudah. Sikap pemurah korang haruslah dipuji. Tak mudah ambil hati dan merajuk. Korang seorang pencinta yang setai dan tidak mudah berpatah arah. Namun, korang NAKAL dan kadang kala mulut korang agak celupar. So jaga sikit mulut korang agar teman korang tak menjauhi korang la.

 T-shirt yang ketat
Bagi yang suka pakai t-shirt ini, korang seorang yang dahagakan pujian orang lain. Oleh kerana korang sering tersenyum, korang seorang yang out-going dan happy go lucky. Kerja korang sering tertangguh lantaran sikap sambil lewa korang tu. Korang bijak tp tak sumua la hehe..baik hati dan tidak mudah mempercayai orang lain. Korang sukar untuk dipengaruhi dan tidak boleh bertengkar. 

T-shirt kosong
Berjiwa lembut. Korang penuh dengan imaginasi dan cukup kreatif. Korang tidak suka orang yang hipokrit dan pantang ditipu. Korang agak perahsia dan suka bersendirian. Korang juga kadang-kala bersikap emosional dan tidak mudah mengalah. Korang seorang yang mudah melafazkana cinta dan mudah membuat keputusan tanpa berfikir.
p/s jangan percaya bulat-bulat tau sebab ney hanyalah sekadar suka-suka aje....tapi mana la tau kan kot-kot betul hehehehe




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

4 comments:

suwara entertainment said...

mcm saya pulak, tgk keadaan, mood dan tempat, baru pilih mane yg saya nak pakai. hehehehe. :D

SN said...

wow , nice sharing ;D

MéuzAngelo™ XXIII said...

aku pakai jersi je hari2... kalau t-shirt pun, kosong je.. hehe [singgah sini pulak :)]

Nursha said...

tak pakai t-shirt..
aini suka blouse..
btw,
thanks for the sharing..
I loike!!

http://nurainishahroni.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...