Resepi : Puding Telur

Assalamualaikum >_<


Hai kawan-kawan. Lama giler Azza tak update blog. Hari ini Azza nak update pasal resepi.Resepi apa tu? Korang pernah dengar Puding Telur tak? Ada yang pernah makan ada yang tak pernah makan. Ok hari ney Azza nak kongsikan cara-cara nak buat puding telur.





Bahan-bahannya

1. 3 sudu besar gula pasir
2. 8 biji telur
3. 1 tin susu pekat manis
4. air
5. 1 1/2 sudu besar tepung jagung
6. sedikit esen vanilla
7. 2 keping roti empat segi


Cara-caranya

1. Pertama sekali masak gula pasir untuk dijadikan gula hangus. Kemudian gula hangus tersebut dituang kedalam Loyang. Biarkan seketika


2. Putar telur dengan susu pekat. Selepas itu masukkan pula air ( ukuran air tu korang cuma sukat dalam tin susu yang tadi aje). Satu tin sahaja.

3. Pastu korang masukkan pula tepung jagung dan sedikit esen vanilla.

4. Pastikan telur jagung betul-betul hancur dan sebati. Selepas itu barulah korang tuangkan adunan di dalam Loyang yang berisi gula hangus tadi

**peringatan pastikan korang tapis adunan tersebut untuk dimasukkan kedalam loyang untuk mengelakkan tepung jagung yang tidak hancur termasuk sekali.

5. Kemudian roti empat segi (tak pasti sebenarnya panggil roti apa hihihi) dihancurkan dan ditaburkan kedalam adunan tadi. (Kalau tak masukkan roti pun tak apa)

6. Kukus selama 45 minit. 

**sesetengah orang tutup sekeliling periuk kukus dengan kain lembab untuk mengelakkan wap keluar).

7. Sudah masak korang keluarkan dari periuk kukus tersebut. Rupanya akan jadi seperti ini:


8. Belum siap lagi ney tau. Korang cari bekas yang lebih besar dari saiz loyang korang tu dan terbalikkan puding korang tu didalam bekas tersebut untuk dapat rupa puding yang sebenar.




Taraaa dah siap dah pun

9. Korang simpan dalam peti sejuk dulu sebab puding ney akan lebih sedap kalau dimakan ketika sejuk.


Kalau yang ingin ,mencuba tu semoga berjaya yer..Harap-harap menjadi. Kepada yang pakar tu sila bagitahu Azza kalau ada yang salah. First time buat.





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

10 comments:

Miss N™ said...

macam puding karamelkan...

boni kacak said...

wah..lama tak update, sekali update terus dengan resipi..hehehe

Arina Shamsul said...

Akk pernah buat dah dik..tapi jadi tak cantik,myb ada yg kurang kot..hehehe.

Cik RoSs said...

so yummy

emma ashri said...

macam sedap , nak trylahh . hehe .kalau terbalikkan tak hancur ke nanti ? takut relai aje . hihi

emma ashri said...

macam sedap aje , nak try buatlahh . kalau terbalikkan tak relai ke nanti ? takut-takut aje . hihi

emma ashri said...

macam sedap aje ;)

Unknown said...

hmm, sedapkan. semalam kita makan ni tau. mama kita buat. kebetulan pulak awak buat entri ni.hehe

Unknown said...

adoi..byk tol gn telo kan..dah namanya puding telo..hihihi

fieda said...

sedap ni..kak fieda suka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...