Tutorial : Daftar zoShare.com

Assalamualaikum >_<


ZoShare kali ney memang betul-betul sama dengan Says.my. Caranya pun sama. Earning pun cepat meningkat. Rugi kalau tak daftar. Korang Sign up saje terus dapat RM 5.00

Cara daftar

 1. DAFTAR SINI

2. Korang Sign up. Pastu korang pilh sama ada nak sign up melalui facebook, Twitter atau google.




3. Log In with Facebook




4. Korang ada nampak kan automatik RM 5.00 terus masuk dalam account kita tanpa promote apa-apa pun lagi. 



5. Korang pilih saja mana iklan yang korang nak share kan. Just klik Share dan copy link dan pastekan pada facebook korang.

Senang saja kan...


KELEBIHAN zoShare

1. Earning cepat meningkat
2. Minimun RM 40.00 dah boleh cashout
3. Hanya perlu tunggu 5 hari sahaja duit kita akan terus transfer ke account bank kita.



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tutorial : Daftar Says.my

Assalamualaikum >_<


Sama juga seperti churpchurp. Sekali klik dapat RM 0.20.

Macam mana nak daftar. Ok jom saya ajarkan.

Korang KLIK SINI

1. Sign Up

2. Korang isikan username, email dan password. Pastu klik pada Create my account


3. Pastikan korang aktifkan account korang pada email korang dulu. Klik resend  



4. Klik Update Profile. Korang isikan profile korang yang disediakan dengan betul. Paling penting nama penuh korang ok.

5. Korang klik Alright --> Done --> I agree, generate my URL --> I've shared --> Thanks



Share iklan dalam facebook

1. Korang pergi ke bahagian Recommendations


2. Korang pilih mana-mana iklan yang korang nak share.

3. Klik Generate my unique URL

4. Copy link dan pastekan pada facebook korang


Siap...korang boleh share iklan yang lain pula.













♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum >_<



tarikh tutup: 24 Julai 2012



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Dato' Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia

Assalamualaikum >_<


Tahniah Azza nak ucapkan kepada Dato' Fazley Yaakob kerana telah mendapat juara dalam MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama setelah berjaya menewaskan Angah Raja Lawak.

Dato' Fazley berjaya menyumbangkan RM 57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.


fazley yaakob juara masterchef 


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Review Dan Menang Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum >_<



review, faceboutique


HADIAH 
Tempat Pertama : Sebuah Samsung Galaxy Note bernilai RM1,900 Sumbangan faceboutique.com.my
Tempat Kedua : RM200 sumbangan AzwanAnuar.com
Tempat Ketiga : RM100 sumbangan hairlosstreatment-tips.com

Pada pendapat Azza, faceboutique.com.my merupakan satu pageview yang sangat menarik. Sesuai sangat denga tagline nya 'Tudung Online Terkini dan Fesyen Muslimah Online Terkini'. Sangat sesuai bagi muslimah yang ingin berfesyen tapi masih lagi boleh menitikberatkan isu aurat. Dan juga masih boleh kekalkan diri kita sebagai muslimah sejati. Pelbagai jenis produk boleh kita dapat disana seperti tudung, jubah mahupun skirt dengan pelbagai warna kesukaan kita. Coraknya juga sangat simple dan tidak terlalu berserabut tetapi sangat menarik. Halaman ini juga memudahkan kita mengetahui size pakaian yang kita inginkan. Tidak lah nanti dah terima terlalu besar mahupun terlalu sendat. Siap disertakan dengan details lagi ukuran lilit untuk keseluruhan badan kita. 
Dari segi harga pula tersangatlah berpatutan sesuai dengan jenis fabrik. Sesiapa pun berkemampuan membeli barangan dari faceboutique.com.my. Bagi yang berkerja dan terlalu sibuk untuk membeli-belah saya rasa disinilah anda boleh mendapatkan barangan untuk anda berfesyen. Sesuai juga anda pakai di pejabat mahupun dimana-mana seperti aktiviti kasual dan rasmi.
Pendapat saya mengenai halaman ini juga menarik dengan berlatar belakang warna putih.Tidak perlu menambah warna-warna lain lagi. Tidak la pembeli-pembeli terasa berserabut untuk membuat pilihan ketika memasuki halaman ini. Halaman yang cantik bukan isu untuk menarik perhatian pengunjung ke halaman ini tetapi jenis-jenis fesyen dan produk yang menarik dan sesuai termasuk dengan harga yang mana semua orang mampu untuk memilikinya. Sekian, terima kasih. 
(Penganjur : AzwanAnuar.com | Penaja Utama : faceboutique.com.my | Penaja Bersama : hairlosstreatment-tips.com )


TEMPOH PERADUAN : Bermula dari 12 Julai 2012 hingga 12 Sept 2012

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Terajang Bayi

Assalamua;aikum >_<



KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.
Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

sumber: Harian Metro (13/7/2012)

p/s Azza memang geram sangat bila melibatkan kes dera bayi mahupun kanak-kanak. Tak ada sifat berperikemanusiaan langsung. Yang amah ney satu dah marah dekat majikan terus terang saja la. Ney tak lepaskan pada bayi yang tak tahu apa-apa. Orang macam tu terus pi hantar balik je kat negara sendiri lepas tu jangan benarkan datang Malaysia untuk selamanya.
mood geram dah datang :p

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool II

Assalamualaikum >_<




Due date segmen: 31/7/2012

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

10 Amalan 'Terbalik' Yang Tidak Disedari

Assalamualaikum >_<







1. Kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

 
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


credit:facebook




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen : Tingkatkan Follower Twitter

Assalamualaikum >_<


link twitter: https://twitter.com/azzafdzal



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Barang Ada Dalam Tangan tapi Mencari Merata? Hah?

Assalamualaikum >_<


Agak-agak korang pernah tak terjadi perkara macam ney kat korang. Jujur Azza pernah terjadi masa zaman sekolah dulu.  Kawan Azza pinjam pembaris Azza tapi turn Azza nak guna pembaris Azza so Azza minta la kat dye guna. Dye cakap dah bagi. Azza cakap tak ada. Last-last kawan cakap "Woi Azza yang hang pegang tu apa?" Tengok-tengok jer apa lagi terus kene luku kepala ngan dye hahaha..

So apa macam dengan korang pulak. Kalau ada tu jom la kongsi dengan Azza hehe....



credit: facebook


p/s entry yang ringkas sebab mata terlalu mengantuk dan penat sebab baru dari KL :)



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Menara Jam Makkah adalah Menara Yang Terbesar di Dunia

Assalamualaikum >_<


Salam Jumaat kepada semua bloggers









Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Jam berkenaan juga menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar.


Big Ben, London

Ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

Setiap empat muka jam di puncak Menara Jam Diraja Mekah itu tidak sahaja menjadi satu mercu tanda yang hebat kepada dunia Islam itu amnya namun ia bakal mempunyai fungsi yang pelbagai.

Namun yang uniknya setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

Masyallah indahnya kan...Teringin sangat nak pergi sana





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 14 (Ramadhan is Coming)

Assalamualaikum >_<



16 hari lagi kita akan menaymbut Ramadhan Al Mubarak (betul ker kiraan Azza ney hihi)
Azza rasa tak sabar-sabar nak sambut bulan Ramadhan ney.
Kepada sesiapa yang belum ganti puasa yang tahun lepas cepat-cepat ganti yer selagi masa ada lagi. Jangan nak liat sangat. Tiada alasan tak nak ganti tau.(Dah macam ustazah pulak)


p/s puasa pun belum datang lagi dah sibuk nak buat persiapan raya Itu ragam manusia zaman sekarang ney



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Lembah Lenggong Diiktiraf Unesco

Assalamualaikum >_<


Alhamdulillah permintaan Malaysia untuk jadikan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia akhirnya telah di iktiraf oleh UNESCO selepas Georgetown dan Melaka. Bangga la kejap jadi orang Lenggong ney hihihi. 

Kenapa Lenggong?? Sebenarnya Lenggong adalah sebuah tapak yang mana semua zaman seperti zaman Paleolitik, Neolitik dan Gangsa dapat disatukan sejarahnya dan artifak di Malaysia di Malaysia. Antara artifak yang terkenal di sini ialah "Perak Man". Maklumat lanjut korang boleh tengok SINI. Dulu sebut Lenggong pun orang tak berapa kenal tau. Tapi sekarang ney tempat yang orang tak kenal tu boleh diiktiraf tapak warisan dunia. Sebut Lenggong orang kan ingat Perak Man. 

Perak Man

Perak Man ney di jumpai di Gua Gunung runtuh. Tapi kalau korang nak tengok bukan kat gua tu tau. Kat gua tu cuma tinggal tapak sahaja. Boleh patah kaki kalau nak tengok dekat gua tu. Gunung weh korang. Azza pergi pun tercungap-cungap hihihi. Kalau nak tengok korang boleh pergi ke Muzium Arkeologi Lenggong. Disana macam-macam korang boleh tengok bahan-bahan artifak.


Adik-adik yang masih bersekolah tu ambil tau sama yer pasal Perak Man yer mana la nak tau kan kot-kot masuk dalam exam nanti :p

Serba sedikit tentang sejarah Lenggong korang boleh tengok SINI. Korang jugak boleh tengok SINI kalau nak tahu tempat-tempat menarik di Lenggong..

Saya bangga jadi rakyat Lenggong walaupun Lenggong tak terkenal macam tempat-tempat lain. 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Spain Juara EURO 2012

Assalamualaikum >_<




Wah mana-mana pun bercerita pasal Juara EURO. Siapa lagi kalau bukan Sepanyol. Sepanyol berjaya menewaskan Itali dengan 4-0 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine sekaligus mempertahankan kejuaraan 2 tahun berturut-turut EURO 2008.

Azza bukan la minat sangat pun pasal bola ney tapi ada la juga masa-masa Azza ambil tahu perkembangan sikit-skit. Azza memang dah yakin la yang Sepanyol boleh menang lagi untuk tahun 2012 ney. Cayalah Sepanyol. Kepada si dia tu cepat-cepat belanja sebab anda kalah dalam pertaruhan kita (walaupun dah tau yang Spain akan menang tapi nak juga pilih Italy nak padan muka kau) hihihi...

Minit ke-14 - David Silva
Minit ke-41 - Jordi Alba
Minit ke-84 - Fernando Torres
Minit ke-88 - Juan Mata


Bertemu kembali EURO 2016 di Perancis :)



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...