8 Pantun Lawak Jenaka

Assalamualaikum >_<

Sesiapa yang tension sekarang ney jom baca pantun lawak. Mungkin boleh membantu korang hehe...



Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kenapa nak jolok pakai galah,
Sebab buah dah jatuh diluar pagar.

Kalau ada sumur diladang, 
Boleh kita menumpang mandi,
Patutlah badan kau busuk semacam,
Bilik air ada, tapi kau mandi di ladang.

Kalau ada jarum yang patah, 
Boleh disimpan didalam peti, 
Apa lah kau ney,
Jarum dah patah buat apa simpan dalam peti lagi,

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Cucur atap tak sedap,
Kalau cucur pisang, yang tu baru la sedap.

Gemuruh tabuh bukan kepalang,
Diasah lembing berkilat-kilat,
Gementar tubuh harimau belang,
Nampak kambing pandai bersilat.

Sorong papan tarik papan, 
Buah keranji dalam perahu,
Kalau lapar janganlah buah keranji tu dimakan,
Sebab nanti badan korang berbau.

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu,
Baju Pak Malau, Mak Limah yang lipat, 
Tapi baju aku, pencuri yang sapu.

Limau purut masak didahan, 
Batang selasih condong uratnya,
Limau purut pun tak boleh dimakan, 
Kalau sakit perut apa ubatnya.


harap-harap pantun saya ney boleh buat tersenyum sikit..

peace!!!





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

2 comments:

miss syaniera said...

ahaha .. gelak guling-2 bace nihh meyh :D

Azza Afdzal said...

hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...