Tangisan Bayi Bongkar Cerita Remaja 16 tahun Bersalin

Assalamualaikum >_<




MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.
“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.
Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci.

Sumber: Harian Metro Online

p/s satu jer Azza tak puas hati kalau dah tahu dari mula yg si adiknya dinodai kenapa la tak bagi tahu ahli keluarga yang lain. Kan sekarang semua yang susah. Malu pun dapat.



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

8 comments:

Arina Shamsul said...

ish..ish..ish..bahaya betul.

cikeyrah said...

macam2 manusia sekarang nie . .

Madam iEeDaZ said...

Nasib la die lahirkan jugak baik tu.. kalu bunuh atau buang kt mane2 lagi la teruk.. mintak dijauhkan la perkara mcm ni dr keluarga kite kan..

hnahdy said...

16 tahun..huhu

Unknown said...

hurmm..macam-macam..huhuhu

QasehnyaRania said...

tup..tup..dah besalin kan..senang je.skli kena nodai dah ngandung.

hrp2 bb tu selamat la nti

Hazmin Hamudin said...

Muda2 dah melahirkan anak... Apa nak jadi la...

hazwan hairy said...

bdk2 la ni xtau lah nk kata pa dh dunia dh akhir zmn ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...