Aku Mimpi Mengandung!!

Assalamualaikum >_<



Aku mimpi mengandung? Alahai macam mana la Azza boleh mimpi mengandung padahal kahwin pun tak lagi. Single mingle lagi tau. Serius dalam mimpi tu Azza terasa macam real yang Azza mengandung. Berapa bulan tu tak tahu la ha ha. Azza betul-betul jaga kandungan Azza tu supaya sentiasa selamat. Kerana mimpi tu nasib baik Azza tak terlambat nak pergi kerja. Terbangun lewat la. 

Azza jenis yang mudah lupa apa yang Azza mimpikan. Tapi terjaga jer Azza masih memikirkan pasal mimpi tu. Azza cuba cari-cari dekat internet dan apa yang Azza dapat maksud mimpi mengandung adalah:

Bermimpi hamil (perempuan) ---> Keinginan kita akan terwujud
Suami mimpi isteri hamil --->  Petanda kurang baik.  Sebaiknya hati-hati dalam segala hal
Mimpi bertemu ramai orang yang hamil ---> Memperoleh wang/ harta tambahan

So bermakna keinginan Azza akan terwujud. Agak-agak tu keinginan apalah yang Azza impikan selama ney akan terwujud?

Sebenarnya kita tidak boleh 100% percaya pada semua tafsir-tafsir ney. Kita sendiri sudah tahu mimpi kan mainan tidur.Mainan syaitan. So janganlah kita percaya sangat dengan semua tu. Kalau betul apa yang kita bermimpikan yang baik dan betul-betul berlaku pada kita anggap itu semua adalah rezeki. Hanya Allah sahaja yang tahu apa maksud mimpi kita yang sebenarnya.

Apa yang penting kita sentiasa berdoa agar kita sentiasa dijauhkan daripada gangguan syaitan dan memohon supaya perlindungan daripada perkara buruk.

p/s siapa pernah mimpi macam tu juga?



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

30 comments:

Diya Hanun said...

kadang2 mimpi tu betul dan kadang2 mainan tidur..wallahualam :)

Nur Nainis said...

hehe..amat menakutkan pun ada juga..tapi mimpi tu pukul berapa? biasanya kalau dalam pukul 1-3 orang kata jadi kenyataan..kalau 4 ke bawah mainan tidur dan gangguan syaitan. Waallahualam.

iezayusof said...

Petande nak suruh kawen cepat lettew :p

Rniz said...

Betul mainan tidur jer, sy pun dulu sblm kahwin selalu mimpi
(mimpi dapt ank lelaki lg).

Unknown said...

dont wory, anggapit mainan tidur dan bykan berdoa, minta dijauhkan segala perkara buruk. mana kita tau kan..

boni kacak said...

orang cakap kalau kita mimpi mengandung, kita akan dapat kereta toyota vios..

p/s : baiklah, jangan percaya.sebab saya tipu je tu.hahaha

Hazmin Hamudin said...

Tahniah... Hehe... Hanya mainan tido tu.. Susah nak percaya sangat mimpi-mimpi ni apatah lagi kita orang biasa nak tafsir segala mimpi.

cerita best said...

hihihihi mimpi nie permainan tdo...klo mimpi dlm mimpi 2 benda btl hihi

Nizam Ijam said...

adoi... mimpi mengandung ni.... bahay2.hu2

saya dah update :) jom check

syiela said...

hahahha... adoi camner gayanya dalam mimpi tu ye.. kdg2 mainan tido je tu

QasehnyaRania said...

mmmm..member ciksu mimpi ciksu ngandung.acaner pulak ;(

Unknown said...

mesti besar keinginan tu.......

fieda said...

betul2..saje jer tu mainan tido..

Rayhaan Hale said...

saya pon pernah mimpi mengandung.2 kali dah..memang macam real betul..hehe

Anonymous said...

saya pun dua hari berturut ni mimpi mengandung...terjaga jer dok pegang perut...

Unknown said...

ha,a..fira pun dh 2mlm turut2 mimpi ngandung..mlm smlm n mlm tdi..isau gak bnde buruk jdi..tpi 2 smua kuasa Allah..

Unknown said...

pernah mimpi sekaliiii! indah betul.. tapi bila sedar tgk perut kempis lagi.. hehe tapi lom kawen lagi taw?

Anonymous said...

Sy pn pnh mpi mgndg n pda msa yg sma jg pkai bju pth knun. .pa msksd 2 ar. .

Anonymous said...

Bru mimpi mngndung smlm.. mgkn ok sgt cz dh 2thn lbh kwen msh blm preggy lg... hope psni adelaa rzki tu...insyaAllah...

Anonymous said...

Sy baru je mpi hamil jga

Anonymous said...

Saya pun mimpi mengandung last night. Takut gila kot sebab tak kahwin lagi hahaha. Dah la tu, perut nampak buncit sikit masa dlm mimpi. =='

su said...

Sya mimpi mengandung then dah nak sarat mlahirkan ...pastu trus trsedar dari tidur...

Anonymous said...

hmmmm.......semalam sy mimpi mengandung macam real...jika arti mimpi itu petanda baik alhamdulilah...tapi kita tak boleh percy sangat dengan mimpi...sesungguhnya apa yang terjadi di dunia ini hanya allah lah tau...
wallahhuallam.....^_^

Unknown said...

Saya baru smalam mimpi mngandung, n mnjadi obu kpd 4 org kembar.. belum kahwin jugak.. saru hari ni pegang perut jer.. :'( knape ek? :'(

liyana nurliyana said...

saye pun penah mimpi ngandung...dapat anak pula tu...byk kali da mimpi cam ni.

liyana nurliyana said...

saye baru mimpi ngandung mlm tdi....tapi sye belum kahwin...huhuhuhuhu...byk kali da sye mimpi cam ni

Unknown said...

biniku jg bru² mimpi mngandung...mdh² mmpinya jd knyataan...amin.

Anonymous said...

saya mimpi hamil dan suasananya sangat2 real dan indah.Padahal sy belum mendirikan rumah tangga. Semoga Allah lindungi kita bersama.

Anonymous said...

Mimpi mengandung atau menyusukan anak bermaksud ada jin saka cuba nak masuk badan. Tapi benda ni dah lama kan? Apa jadi?

Suraya said...

Baru2 ni sya mimpi sebijik macam apa yg awk mimpi.sya langsung x fikirkam siapa ayahnya atau pun berape bulan kandungan tu. Yg paling penting skali sya baru umur 14 tahun! Ada sya baca dlm stu page tdi dia ckap mksud mimpi ni bgi yg belom berkahwin adalah akan memperoleh keuntungan dalam nerbentuk wang atau harta (wallahhuallam)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...