Kacang Punca Jerawat? Siapa Cakap?

Assalamualaikum >_<




Ramai orang cakap makan kacang nanti akan tumbut jerawat. Siapa la punya idea yang cakap macam tu. Itu semua mitos dan tidak benar sama sekali tau. Kalau muka korang tumbuh jerawat tu sebab korang kurang buat penjagaan muka korang. Tak makan kacang pun tumbuh jerawat. So nak salahkan kacang jugak ker??

Sebenarnya kacang tersangat diperlukan oleh badan kita kerana kacang mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E , kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus

Berikut adalah beberapa jenis kacang yang beri kelebihan untuk tubuh badan kita:

1. Kacang tanah

Mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

2. Kacang Soya



Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.


3. Pistachio


Kacang pistachio ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, Vitamin B6, Vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hypertension dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberikan kelegaan kepada tubuh yang letih.

4. Kacang Hazel




Kacang hazel juga adalah di antara kekacang yang menjadi pilihan utama. Ia juga sering dijadikan bahan utama di dalam biskut dan coklat. Kacang ini bukan sahaja enak dinikmati tetapi turut memberikan menafaat pada tubuh.
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan anda. Selain itu ia juga bermanfaat dalam memberina kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko diserang kanser. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.


5. Kacang Gajus



Kacang gajus adalah di antara jenis kekacang. Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman. Kacang gajus juga bermanfaat dalam membantu mengekalkan kesihatan kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.



Cukup lah 5 jenis kacang sahaja Azza senaraikan kelebihannya. Karang banyak-banyak pulak korang jemu nak baca.

So lepas ney kalau muka korang tumbuh jerawat jangan salahkan kacang lagi tau. Nanti korang asyik salahkan kacang tumbuh jerawat penuh muka karang baru tau ha ha ha....










♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

20 comments:

hazwan hairy said...

hery mmg xblh mkn kcg klo mkn ja jerwat naik..xtau punca pa semua org ckp bkn tp mkn ja naik..apa cer?hahaha

Unknown said...

aishhh tula. dgr jugak rumors camtuh. btw kacang ni good tok otak kita. betul tak?? hehehe.

suwara entertainment said...

saya suka makan kacang. sedap!

Hazmin Hamudin said...

Saya memang tak percaya dah dengan makan kacang punca jerawat ni. Kalau dah nak kuar jerawat tu, kuar jugak. Kena la cuci muka tu sentiasa kan. Baru jerawat tak kuar.

Unknown said...

remy suka.......
tapi nasib baik tak naik jerawat.......alhamdulillah.....

Abang Karu said...

salam singgah....n siap follow lagi :)
kalau lapang2 jemput la singgah sini

http://karukordjagaus.blogspot.com/

cerita best said...

pakjoe suka mkn kacang tpi x naik pun jerawat...

Unknown said...

thanks for sharing :)

fieda said...

kak fieda mkn kacang ok la tak pernah plk naik jerawat..

boni kacak said...

la..ingatkan betul kacang boleh menyebabkan jerawat...

Azza Afdzal said...

@boni kacak bukan la...azza mkn kacang xda pun tumbuh jerawat huhu

Azza Afdzal said...

@fieda betul kan kak fieda..kalau ada jerawat pun time nak dtg bulan..2 normal la kan...

Azza Afdzal said...

@cerita best mesti muka pakjoe licin kan hihihi

afzalsukasuki said...

jerawat ni sebab kes banyak berangan je..hormon tak stabil hehehe

Azza Afdzal said...

@afzalsukasuki hormon tak stabil tu mybe betul tp klu jerawat muncul sebab kuat berangan tu kene wt kajian dulu la hahaha

Yaya said...

hai..raun2...terus tersampai blog ni..slm ziarah =)

Puan Siti said...

naik jerawat time2 jer..org pmpuan tau la...huhu..

p/s: sowi tak sempat BW lg sekarang...ada masalah teknikal sikit...computer wat hal..nati ok saya terjah semua...TQ support blog sy...

IntaNBerliaN said...

kacang mmg sedap n ada je kebaikannya tp sy ni plak jenis yg kurg suka mkn kacang :-)

محمد رازيق said...

hehe. jerawat ni banyak punca. stres pun boleh keluar dua tiga biji. hehe. janji kena kawal stres. hehe. btw tq singgah blog, jgn serik dtg lg. jmput bc: http://mrazqi88.blogspot.com/2012/11/terjemah.html

QasehnyaRania said...

kacang lain semua suka...
kecuali kacang tanah..
kalau makan rempeyek,kacang ciksu buang..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...