Resepi Bubur Oat

Assalamualaikum >_<

Bila sebut pasal oat ramai yang tak boleh nak telan. Macam tu jugak Azza masa mula-mula nak makan oat ney. Nak diet punya pasal la terpaksa la selalu mengadap oat ney. Siapa yang tak tahu oat boleh mengurangkan kolesterol.

Korang nak diet kan?? Jom kita buat bubur oat.


google

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 kiub ayam
1 cawan air
carrot
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
2. Masukkan carrot yang telah dipotong.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau. 
4. Barulah masukkan oat. Kacau hingga sebati 
5. Masukkan serbuk lada (terpulang pada individu) dan garam secukup rasa. Kacau.
6. Masak dalam 3-5 minit. Tutup api dan boleh dihidang.

Untuk bahan tabur korang boleh masukkan bawang goreng, ikan bilis goreng.

Oat sangat bagus sebagai pengganti nasi bagi orang yang sedang berdiet..

daun sup tak ada, kalau ada lagi sedap ney hihi....

Selamat mencuba!!!


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Panduan Pada Hari Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum >_<



Setelah segala persiapan majlis perkahwinan selesai, kini tibalah hari majlis perkahwinan anda. Pada hari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudah semestinya anda sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah anda lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan anda. Anda hanya perlu bertenang dan banyakkan memberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, anda mungkin akan melalui perkara-perkara yang berikut:

Di awal hari majlis perkahwinan
Sila bangun awal pagi. Hari ini adalah hari penting anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan anda untuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh bergambar secara solo atau dengan pasangan anda. Boleh juga jika ada saudara-mara yang ingin mencelah.

Semasa majlis akad pernikahan
Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Semasa majlis perkahwinan
Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya.





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

First Giveaway by Aidil dan Waniee

Assalamualaikum >_<



KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Disponsor oleh :

Wanie | Aidil | Dedeq De Wishes | Hananabyllah | IAmIzzati | Aisya Fatima | Mawar Berduri | Aina Zairulnizam | Diamond Friends | Djdanchef | Yan Saflina | Ikha Mohd MVP'S | Nur Izzati

Senarai hadiah :

Barangan pos ~
Voucher Untitled K-Shop (2 pemenang)
Buku ilmiah (1 pemenang)
Notebook (2 pemenang)
Tudung bawal (3 pemenang)
Tudung pashmina (1 pemenang)
Casing phone (1 pemenang)
Keychain (2 pemenang)
Penanda buku (2 pemenang)
Ribbon clip (2 pemenang)
Penanda buku (5 pemenang)
Buku 'Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah' (1 pemenang)

Topup ~
RM5 (2 pemenang)

Barangan blog ~
Review dan bloglist (1 pemenang)
Header (5pemenang)
Review (2 pemenang)
Vector (2 pemenang)
Header (3 pemenang)
  37 PEMENANG DICARI !! 
MEH JOIN :)



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Contest Ephyra Idaman Saya

Assalamualaikum >_<


http://www.eyriqazz.com/2013/11/contest-ephyra-idaman-saya.html


Kenapa saya teringin untuk memiliki dan mencuba Ephyra?
Sebab saya nak kahwin la hihi..Ya memang betul tak sampai sebulan sahaja lagi saya akan mendirikan rumah tangga. Apa yang merunsingkan saya ialah tona kulit saya yang tidak sekata. Risau juga saya kalau saya tiada seri masa hari perkahwinan saya nanti. Untuk pertama kalinya sudah tentu lah kan bakal pengantin perempuan ingin hebat dan menarik di mata bakal suami nanti. Macam-macam produk saya cuba, losyen whitening pun sama tetap tak ada kesan pada badan saya. Apa yang saya tahu juga Ephyra boleh merawat masalah rambut. Saya memang ada masalah keguguran rambut. Jangan nak di cakap la dalam bilik merata-rata rambut saya. Macam-macam syampu dah guna. Jadi saya harap sebab yang ringkas telah saya berikan saya akan terpilih untuk jadi pemenang sebagai hadiah perkahwinan saya nanti :)



Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com ”



Contest ini akan berlangsung dari 7 November 2013 sehingga 24 November 2013



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Contoh Surat Akuan Bujang dari Majikan

Assalamualaikum >_<

Bagi yang nak berkahwin yang tidak tahu macam mana nak buat surat akuan bujang dari majikan, kat sini Azza akan berikan contoh.


...................................................................................................................................................................
LETTERHEAD COMPANY
 (nama dan alamat company)
       


Tarikh

Alamat pejabat agama

Tuan:

PER: PENGESAHAN AKUAN BUJANG

Merujuk kepada perkara di atas adalah diakui bahawasanya AMINAH BINTI AHMAD No KP 890523-XX-XXXX adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, AMINAH BINTI AHMAD masih lagi bujang dan belum pernah berkahwin.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar,


............................
Nama dan jawatan majikan

...................................................................................................................................................................


p/s semoga ini boleh membantu korang yang nak berkahwin..





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Shaklee Wardrobe - 1st GIVEAWAY

Assalamualaikum >_<




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Petua Naikkan Seri Wajah Pengantin

Assalamualaikum >_<

Gambar Hiasan

Musim sekolah sudah dekat so sudah tentulah banyak kenduri-kenduri kahwin kan. Sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan Azza nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga kekal ke akhir hayat.

*alamak untuk diri sendiri sebulan je lagi cheq oi. Debaran makin terasa hahaha...cewah..

Nak kahwin dah tentulah kan kita (bakal pengantin ) nak sentiasa berseri masa hari perkahwinan nanti. So Azza ada nak kongsikan beberapa tips untuk naikkan seri wajah pengantin.

1. 44 hari sebelum tarikh perkahwinan - amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi.

2. 30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. 

3. Rebuskan segenggam daun inai sehingga air menjadi kekuningan. Tapis dan biarkan sehingga suam. Amalkan setiap hari pagi dan malam. Jangan lupa berselawat sekali ok.Insya-Allah muka anda kelihatan kemerah-merahan serta berseri. 

4. Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut keseluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. Insyallah kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

5. Ambillah secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal segelas. Tapis air rebusan tersebut dan sejukkan. Minum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan seminggu tiga kali.



DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH SURAH NABI YUSOF


p/s sedang mencuba salah satu dari atas..



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

SEGMEN : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

Assalamualaikum >_<




Tarikh tutup :
25 Oct | 8 malam





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tuntut RM21bilion dari Kerajaan Malaysia kerana Nama?

Assalamualaikum >_<


gadis

Tak pasti sama ada pengadu  ini waras atau tidak ketika datang ke sebuah balai polis di Negeri Sembilan, semalam.
Begitu juga sejauh mana keaslian salinan repot polis ini masih boleh diragukan namun kalaulah ia betul-betul berlaku, maka tindakan ini memang sukar difahami.
Dalam salinan repot polis yang kini hangat beredar di laman-laman sosial, seorang wanita bernama Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan tuhan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.
Jadi disebabkan dia lahir di Malaysia, dia mahu claim wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia.
Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang menerima repot ini, ya.
Mungkin juga hatinya terdetik, “Ya Tuhan, kegilaan jenis apakah ini?” 

Sumber: Mynewshub.my

p/s azza tak tahu nak cakap apa tapi apa yang pasti orang ney memang betul-betul tak waras dan memang kerja gila...


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Giveaway 'Convocation' Sunsweetz ~OCTOBER 2013

Assalamualaikum >_<




SENARAI HADIAH:
 

Tempat Pertama
Teddy Bear Comel 1x pemenang

Tempat Kedua
T-Shirt Malacca 1x pemenang

Tempat Ketiga
Top Up RM5 x 2 pemenang


DUE DATE: 31 OCTOBER 2013



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Giveaway Butik Comel Collection

Assalamualaikum >_<


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

9000 Tentera British Terdampar di Pantai

Assalamualaikum >_<


Artis dari British, Jamie Wardley dan Andy Moss disertai oleh beratus-ratus sukarelawan, pada 21 September 2013 lalu, telah mengembara ke pantai Normandy dan melakarkan 9,000 ‘roh’ di atas pasir di pantai itu.



Projek yang dinamakan The Fallen’ adalah satu penghormatan kepada orang-orang yang kehilangan nyawa mereka semasa pendaratan D-Day pada 6 Jun 1944, dalam Perang Dunia II. Pasukan asal terdiri daripada 60sukarelawan, tetapi telah dibantu oleh hampir 500 penduduk tempatan di situ.









sumber: Berita Harian.Net

p/s perrgghhh kreatif gila la idea mat saleh ney kan......



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

GLOWSHAPE. Slimming Whitening Body Lotion

Assalamualaikum >_<



Apa itu GLOWSHAPE?

Melangsing | Menganjal | Membentuk muka dan badan | Kulit lebih Cerah Gebu | Perlindungan UV SPF25 | Merawat & Memulihkan Kulit | Mengandungi Pure Cells, Kolagen dan haruman yang menyegarkan yang tahan lama dari Perancis. 100% Lulus KKM (NOT130600326K).


Sesuai Untuk Anda Yang:
✔ Kuat makan
✔ Sibuk bekerja
✔ Tiada masa bersenam
✔ Metabolisma badan rendah
✔ Mementingkan penampilan
✔ Juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan jantina.

Hanya sapukan Glowshape, untuk slim! Kejutkan orang sekeliling anda dengan badan dan wajah yang lebih berbeza. Anda akan kelihatan lebih muda dengan kulit yang tegang, cerah dan gebu. Kesan boleh dilihat seawal 2 minggu penggunaan.

Jangan risau:
➊ 100% dijamin selamat!
➋ 100% dijamin halal!
➌ 100% dijamin berkesan!

★ Mendapat kelulusan dari BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan)


TESTIMONI






BERMINAT

RM80 SM / RM85 SS
200ml/botol
>harga termasuk pos penghantaran

berminat? korang pm Azza dekat fb yer KLIK SINI


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa Happy

Assalamualaikum >_<

Salam Jumaat semua :)



1. Tak perlu mengandung

2. Boleh kencing merata-rata

3. Kerjanya sama tapi gaji lebih

4. Kedut dan boroi lambang kejantanan

5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan meraka.

6. Berbual di telefon 30 saat sahaja

7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari

8. Dipuji sebab berjaya keluarkan satu idea ciput.

9. Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada tiga helai)

10. Boleh pakai baju yang berkedut

11. Apa yang ada dimuka semuanya ori.

12. Stail rambut sama sahaja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad.

13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak.

14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam......!!

15. Misai berserabut. No hallahhh.....!!


p/s so lelaki apa pndapat korang?? wanita pulak? 
Serius misai berserabut memang geli la haha...



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Suami Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Hodoh

Assalamualaikum >_<



hodoh

CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.
Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.
Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.
Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.
Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.
Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN.NET

p/s tu la si isteri awal-awal tak bagi tahu yang dye pernah buat pembedahan plastik kan dah jadi janda..




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

30 Orang Pertama Dalam Islam

Assalamualaikum >_<

Salam Jumaat pagi yang amat kesejukan kerana hujan :-D


Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis Bismillah ? ????? anak kalau tanya..pening nak jawab..so simpan nota ni....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW



sumber: Facebook



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

#Duo Giveaway By Amirah Azman and Safiena

Assalamualaikum >_<




TEKAN BANNER SEKARANG !!

#Duo
Giveaway By Amirah Azman and Safiena ' Disponsor oleh 

Tarikh Penting 
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen 1K by Labyrinth

Assalamualaikum >_<



TARIKH TUTUP: 27 SEPTEMBER 2013




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

September Giveaway By KasihLestariAbadi

Assalamualaikum >_<





TARIKH TUTUP: 30 SEPTEMBER 2013



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Giveaway 2013 By Jaja

Assalamualaikum >_<



Saya nak hadiah:
Polaroid Camera
Purr, Katy perry's perfume
T-shirt printing long sleeves- SUPER JUNIOR



Tarikh tutup: 30 SEPTEMBER 2013




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen Follow Me by Salamah Ishak

Assalamualaikum >_<



Tarikh tutup: 22 September 2013

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Tidak Kisah Segala Cemuhan Masyarakat

Assalamualaikum >_<


pelihara anjing

Azmi dan Halija tidak kisah pandangan serong masyarakat terhadap usaha mereka melindungi haiwan-haiwan itu.
Tidak Kisah Segala Cemuhan Masyarakat (4 GAMBAR) | ALOR SETAR – Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.
Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.
“Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.
“Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini,” katanya.
Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.
Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.
pelihara anjing 01
Azmi menunjukkan kucingnya yang sakit yang sering dibawa bersamanya.
Tak lepas daripada cemuhan
Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.
Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.
“Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.
“Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat,” katanya.
Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.
“Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan,” katanya.
Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.
pelihara anjing 02
Perbelanjaan untuk menguruskan haiwanhaiwan ini mencecah RM20,000 sebulan.
Berhutang nyawa pada anjing
Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.
Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.
Latih cucu ambil alih rumah perlindungan
Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.
“Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.
pelihara anjing 03
Halija menunjukkan anak anjing yang sakit yang sering dibawa mereka ke mana sahaja.
“Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.
Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.
Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi mengurus rumah perlindungan itu.
Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.
Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.
Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.-sinar harian


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

Assalamualaikum >_<


Bagi memudahkan umat Islam di Malaysia ketika menjalani kewajiban menunaikan ibadah puasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman web rasmi, telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Jadual waktu berbuka puasa korang boleh muat-turun dengan klik mengikut negeri korang. Korang juga boleh print mengikut zon yang korang tinggal saja. Tak la rugi kertas pulak nanti bagi negeri yang banyak zon tu hihi....


1. PERLIS

2.  PERAK


4. KEDAH




8. MELAKA

9. JOHOR

10. PAHANG


12. KELANTAN

13. SABAH

14. SARAWAK

15. WP LABUAN


Jangan lupa nak niat pulak tau. Azza sarankan lebih baik korang niat untuk sebulan terus. Takda la kita takut terlupa nak niat pulak nanti..



Sumber : JAKIM


p/s Azza nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam..






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...