Petua Naikkan Seri Wajah Pengantin

Assalamualaikum >_<

Gambar Hiasan

Musim sekolah sudah dekat so sudah tentulah banyak kenduri-kenduri kahwin kan. Sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan Azza nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga kekal ke akhir hayat.

*alamak untuk diri sendiri sebulan je lagi cheq oi. Debaran makin terasa hahaha...cewah..

Nak kahwin dah tentulah kan kita (bakal pengantin ) nak sentiasa berseri masa hari perkahwinan nanti. So Azza ada nak kongsikan beberapa tips untuk naikkan seri wajah pengantin.

1. 44 hari sebelum tarikh perkahwinan - amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi.

2. 30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. 

3. Rebuskan segenggam daun inai sehingga air menjadi kekuningan. Tapis dan biarkan sehingga suam. Amalkan setiap hari pagi dan malam. Jangan lupa berselawat sekali ok.Insya-Allah muka anda kelihatan kemerah-merahan serta berseri. 

4. Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut keseluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. Insyallah kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

5. Ambillah secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal segelas. Tapis air rebusan tersebut dan sejukkan. Minum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan seminggu tiga kali.



DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH SURAH NABI YUSOF


p/s sedang mencuba salah satu dari atas..



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

3 comments:

Unknown said...

Tips yg menarik .. Thnks for sharing !! ^^

ezyra taharin said...

good info..

Scripters said...

Terima kasih atas perkongsiannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...