Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Assalamualaikum >_<


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang (?????)

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....


Selain itu juga, Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.

Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan yang berlaku).

p/s so korang jangan terlalu bangga yer makan dengan sudu hehehe 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

19 comments:

Cik Fie said...

‎100++ DAH JOIN GA SAYA . KORANG BILA NAK JOIN ? CEPAT JOIN !! :D http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

NASZ said...

wah..info yang menarik. thanx for sharing.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

charmyiex said...

hehe...sy bangga makan dgn menggunakan tangan saya..

eintan nurfuzie said...

heheh...baru tau...tp mmg cik en guna pakai tangan je..kadang2 magi pun cik en pakai tangan

sis92 said...

wah first time baca kisah ni >.<

Azza Afdzal said...

@NASZ

terima kasih

Azza Afdzal said...

@charmyiex saya pun bangga makan menggunakan tangan hihihi

Azza Afdzal said...

@eintan nurfuzie maggie mkn dengan tgn??? pelik2 haha

Azza Afdzal said...

@sis92 first time ker?? heee

P#eoniX said...

sy penah bace entry lebih kurang camneh tapi,tajuk same,cume kisahnya berlainan...yang sy bace tuh,dye tulis nabi makan gune tanye untuk membantu dalam proses penghadaman...betul kan kalau sy silap yek....n'way nice info...hheheh...sayangilah tangan anda...hakhakhak...

Cinta Misteri said...

Btul kata 'kudin', sokong sgt. Nabi pun makan dgn tangan, sambil mnjilat jari lagi.

Azza Afdzal said...

@Cinta Misteri kita pun sama jugak kan siap menjilat jari lagi tambah2 la makanan tu sedap hihi

AmyZana said...

lol. Lawaklah tengku kudin nih xD

AmyZana said...

tp ade btol gak ape yg dia ckp :-)

9n0L4 said...

mkn dgn tgn adalah sunnah rasulullah juge. ;)

Papa Mifz said...

salam kenal...

bagus perkongsian nih...tq

Fendy said...

setuju.....~

Hasrina said...

betul juga tu. okay lepas ni sumpah geli nak makan pakai sudu kedai...hohoho

✿Lady Ainaa✿ said...

Itulah kelebihannya... setiap hujung jari kita ada enzyme dan sunat Rasulullah jilat dihujung jari selepas habis makan untuk senang penghadaman.. hehehehe...

nice sharing dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...