Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Assalamualaikum >_<


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang (?????)

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....


Selain itu juga, Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.

Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan yang berlaku).

p/s so korang jangan terlalu bangga yer makan dengan sudu hehehe 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Sendiri Anjurkan Contest Sendiri yang Menang? Jujurkah

Assalamualaikum >_<



Halloo halloo apa khabar semua. Korang sihat? Tak sihat? Cepat-cepat makan ubat tau sebab sekarang ney memang musim demam pun. Azza baru aje lepas lega demam cuma batuk jer sampai sekarang dah tak ok lagi.

Ok berbalik pada tajuk utama entry kali ney. "Sendiri Anjurkan Contest Sendiri yang Menang? Jujurkah?". Agak-agak korang boleh faham tak maksudnya. Ok la macam ney Azza terangkan, Azza ada taja satu contest ney hari tu then semalam keputusan untuk contest ney dah diumumkan. Terkejut sangat-sangat Azza tengok tempat pertama macam tuan punye contest ney. Eh biar betul ataupun mata Azza yang salah tengok ney. Azza tak percaya Azza cuba cari siasat betul-betul rupanya memang betul tempat pertama dengan tuan punya contest tersebut adalah orang yang sama.

Kenapa dye buat macam tu? Baik tak payahkan nak buat contest bagai kalau nak buat diri sendiri yang menang. Tapi dye memang cerdik contest tu guna blog lain dan entry yang dye join tu guna blog lain. So makna nya dye ada 2 blog la. (Kau sangat tak jujur). Azza tengok hadiah-hadiah semuanya tersangat menarik especially tempat pertama tu memang gempak la. Nampak sangat la yang dye memang nak sangat-sangat hadiah tempat pertama tu. Kalau tak silap Azza sponser untu tempat pertama sahaja ada 7 semuanya.

Kalau Azza tengok hadiah Azza sendiri pun nak join. Kalau korang nak tahu Azza adalah salah sorang sponser untuk tempat pertama tu. Maknanya nanti dye akan tebus hadiah tu dari Azza. Agak-agak korang apa yang Azza perlu buat? Nak bagi hadiah tu dekat dye ker (sebab Azza dah janji nak jadi penaja) ataupun Azza nak tegur perbuatan dye tu dan reject terus jadi penaja.

Kesiankan blogger-blogger yang lain bertungkus lumus nak dapat tempat pertama tu last-last........(fikir-fikir la sendiri yer) Agak-agak  kan orang lain yang join atau penaja-penaja lain tu perasan tak? Kepada tuan punya contest tersebut kalau rasa Azza sedar yang tujukan kepada anda tolong lah bersikap jujur. Tak guna nak contest bagai kalau keuntungan nak kaut kat diri sendiri. 




Allah Maha Adil. DIA akan sentiasa bagi petunjuk kepada umatnya yang teraniaya. Sejauh mana pun cara anda nak manipulasi orang akhirnya akan diketahui jugak tanpa anda sedari.

 Korang boleh baca entry ini juga

1. http://natikah1997.blogspot.com/2012/05/pembuat-contest-penipu-dan-makan-hadiah.html
2. http://tehaalarh.blogspot.com/2012/05/attention-sponsor-mid-year-giveaway.html
3. http://cik-eiyra.blogspot.com/2012/05/saya-tak-puas-hati.html
♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Kelebihan Surah dalam Al-Quran

Assalamualaikum >_<


Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. 
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. 
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. 
makbulkan doa kita. 
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. 

Khasiat Al-Quran Untuk Di AmalkanDengan nama Allah Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. 

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya,nescaya permintaannya di perkenankan,jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya rohaninya. 

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. 
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: 
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malamitu, ia dikira mati syahid.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi. 

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. 

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah. 

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
 
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpimimpi yang buruk dan mengigau. 

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 
64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya. 

SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh. 

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan perbuatan syirik dan bida'ah. 

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. 

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. 

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah. 

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. 

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t . 

SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh. 

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai. 

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. 

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. 

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah

SURAH AR-RUM (Rum) 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. 

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutaman ya dari rosaknya tanam-tanaman. 

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."  
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." 
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar,agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." 
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. 
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jum aat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. 
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. 
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian. 

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin. 

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati
Amalkanlah selalu untuk kesejahteraan diri. Jika tidak dapat buat banyak, berdikit-dikit adalah memadai. Lama-lama bila 
menjadi kebiasaan, pasti ianya akan menjadi amalan kita setiap hari. 
  
Sampai-sampaikanlah walaupun sepatah ayat. Nescaya Allah akan memberi ganjaran 10 kali kebaikan kepada kamu. 
Ilmu yang ada, seeloknya dapat memberi kebaikan untuk ummah yang lain.  

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Selamat Bertunang Sahabatku Nor Azlina

Assalamualaikum >_<




Wah wah dalam diam-diam kawan Azza yang sorang ney dah ada pilihan hati. Lima bulan perkenalan akhirnya hari Sabtu lepas 19 Mei 2012 dye mengikat tali pertunangan. Happy sangat bile tengok kawan-kawan Azza nak berumah tangga. (Dalam hati teringin jugak la nak kahwin hihihi). Apa yang Azza tahu mereka bertunang tak lama. Ermm itu kan yang terbaik. Apa-apa pun kepada Nor Azlina semoga awak bahagia.








♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen : Blogwalking Sampai Lebam

Assalamualaikum >_<




tarikh mula segmen : 11 MEI 2012
tarikh tamat segmen : 11 JUN 2012 tepat 11.59PM


 kenapa orang mesti blogwalking blog saya?

1. saya mesti akan bw dan follow blik..dont worry
2. nak suruh saya klik-klik untuk korang no hal punye la



tag: miss budubilis , atiqa



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen Klik 'Like/Share' dan menang RM50 X 6

Assalamualaikum >_<


1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai blog,  dan mempunyai alamat di Malaysia.


2. Buat entry di blog anda mengenai segmen ini dengan tajuk: Segmen Klik 'Like/Share' dan menang RM50 X 6



3. Mempunyai 'Like Button' atau 'Share Button' pada entry segmen ini (Wajib). Sekiranya blog anda tidak mempunyai salah satu daripada 'button' tersebut, sila pasang terlebih dahulu dengan mengikuti tutorial di link berikut: ( klik di sini )

4. Mendaftar menjadi tetamu VVIP blog Coretan Anuar DAN  klik like Page Sembang Hari2

5. Copy dan paste; letak gambar banner Segmen ini di entry dan sidebar blog anda beserta link segmen ini.

6. Tinggalkan url link entry segmen ini dan ID tetamu VVIP anda di ruangan komen post ini.

    
    Contohnya:
    ID VVIP : nuargto
    Link       :  http://www.coretananuar.com/2012/04/segmen-klik-likeshare-dan-menang-rm50-x.html


7. Tempoh Segmen ini: 1 May hingga 30 Julai 2012


8. 6 pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah klik like/share tertinggi yang berjaya diperolehi oleh entri pertandingan ini yang terdapat di blog anda


9. Hadiah yang akan dimenangi adalah RM50 seorang X 6 pemenang yang berjaya mendapat klik  like/share tertinggi


Cara nak tentukan pemenang?? Korang klik kat banner atas tu yer...


Moh kita join ramai....



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 11 (Selamat Hari Guru)

Assalamualaikum >_<






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...