Kembang Sekejap Kene Puji

Assalamualaikum >_<

Salam petang korang. Entry ketika hujan. Bestkan kalau ada depan mata ada bantal, selimut confirm petang-petang karang baru bagun hihi

Sebentar tadi Azza dalam bosan-bosan blogwalking tiba-tiba jumpa la satu blog ney. Wah blog ney ada buat "Segmen Terjah Blog Awek" la. Blog ney adalah hak milik http://buasirotak.blogspot.com/ . 


Tangan belum scroll kebawah lagi ney. Kepala otak wah untungnya blog aweks yang di terjah. Slow-slow jer scroll turun bawah tengok-tengok uwarrgghhh my blog tersenarai la..Bangga kejap hihi



Thanks yer pada tuan blog Buasir Otak ney sebab sudi pilih blog teman yang tak seberapa ney. Yang jadi isu utama bukan pasal segmen ney tapi pasal ada satu komen yang betul-betul buat Azza nak tergelak sampai guling-guling. Panggil kawan sat tolong bacakan komen ney kejap..uwaarrhh dye pun gelak..Korang nak tahu tak kenapa Azza gelak. Korang tengok bawah ney


Gadis no 2?? Siapakah itu?? Tengok atas balik. Wahhh itu gambar teman la. Terus kembang kene puji sambil gelak nak terguling. Aduhai sampai macam tu sekali yer kene puji. Malang nye si pemuji tidak dikenali la pulak. Kalau tak boleh belanja..Cewah haha...Terima kasih la banyak-banyak yer

Korang pernah tak dipuji sebegini?? hihi




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Cerita Lawak untuk Hilangkan Tension

Assalamualaikum >_<


Tension....tension..tension....tau...Ney semua gara-gara Says la. Mana tak nya kenapa Azza jer yang fb masih block Says lagi. Tanya orang lain diorang semua nya dah ok. Dah dua kali dah Azza hantar report tapi langsung tak ada tindak balas. Rasa nak bebai dah ney. Uwaaaaaa...

Lupakan pasal tu kejap sebab buat Azza nak naik angin jer hihi..Apa kata jom kita beberapa cerita lawak yang boleh hilangkan tension macam Azza ney..




Cerita Pertama
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya “Kenapa Bang?”
Mak Andeh pun menjawab “Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”.


Cerita Kedua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Cerita Ketiga
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Cerita Keempat
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Cerita Kelima
FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?
DOKTOR: RM 120.
FARID : Amboi mahalnya... .ada yang murah sikit tak?
DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80
FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi
yang paling murah sekali... .
DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa
untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..
FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...


Diharap korang terhibur. Selamat membaca 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Simple Special Giveaway by Izzah Ismail

Assalamualaikum >_<





Syarat Penyertaan :
  1. - Mempunyai blog
  2. - Mempunyai akaun facebook *xde fb , takyah like .
  3. - Warganegara Malaysia Sahaja.
  4. - Tiada had umur.
  5. - Wajib like fanpage and follow olls sponsor.
Cara menyertai :
  1. Buat satu entri bertajuk " Simple Special Giveaway by Izzah Ismail "
  2. Copy banner dan linkkan ke entri ni.
  3. Tag kalau rajin nak tag.
  4. Dah siap? Tinggalkan link blog link penyertaan anda  di bahagian komen entri ini. Kat tempat lain tidak diterima , sertakan sekali ID BLOG & ID FACEBOOK 


Tarikh tutup : Sampai 200 penyertaan baru tutup

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...