16 hari lagi kita akan menaymbut Ramadhan Al Mubarak (betul ker kiraan Azza ney hihi)
Azza rasa tak sabar-sabar nak sambut bulan Ramadhan ney.
Kepada sesiapa yang belum ganti puasa yang tahun lepas cepat-cepat ganti yer selagi masa ada lagi. Jangan nak liat sangat. Tiada alasan tak nak ganti tau.(Dah macam ustazah pulak)
p/s puasa pun belum datang lagi dah sibuk nak buat persiapan raya Itu ragam manusia zaman sekarang ney
Alhamdulillah permintaan Malaysia untuk jadikan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia akhirnya telah di iktiraf oleh UNESCO selepas Georgetown dan Melaka. Bangga la kejap jadi orang Lenggong ney hihihi.
Kenapa Lenggong?? Sebenarnya Lenggong adalah sebuah tapak yang mana semua zaman seperti zaman Paleolitik, Neolitik dan Gangsa dapat disatukan sejarahnya dan artifak di Malaysia di Malaysia. Antara artifak yang terkenal di sini ialah "Perak Man". Maklumat lanjut korang boleh tengok SINI. Dulu sebut Lenggong pun orang tak berapa kenal tau. Tapi sekarang ney tempat yang orang tak kenal tu boleh diiktiraf tapak warisan dunia. Sebut Lenggong orang kan ingat Perak Man.
Perak Man
Perak Man ney di jumpai di Gua Gunung runtuh. Tapi kalau korang nak tengok bukan kat gua tu tau. Kat gua tu cuma tinggal tapak sahaja. Boleh patah kaki kalau nak tengok dekat gua tu. Gunung weh korang. Azza pergi pun tercungap-cungap hihihi. Kalau nak tengok korang boleh pergi ke Muzium Arkeologi Lenggong. Disana macam-macam korang boleh tengok bahan-bahan artifak.
Adik-adik yang masih bersekolah tu ambil tau sama yer pasal Perak Man yer mana la nak tau kan kot-kot masuk dalam exam nanti :p
Serba sedikit tentang sejarah Lenggong korang boleh tengok SINI. Korang jugak boleh tengok SINI kalau nak tahu tempat-tempat menarik di Lenggong..
Saya bangga jadi rakyat Lenggong walaupun Lenggong tak terkenal macam tempat-tempat lain.
Wah mana-mana pun bercerita pasal Juara EURO. Siapa lagi kalau bukan Sepanyol. Sepanyol berjaya menewaskan Itali dengan 4-0 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine sekaligus mempertahankan kejuaraan 2 tahun berturut-turut EURO 2008.
Azza bukan la minat sangat pun pasal bola ney tapi ada la juga masa-masa Azza ambil tahu perkembangan sikit-skit. Azza memang dah yakin la yang Sepanyol boleh menang lagi untuk tahun 2012 ney. Cayalah Sepanyol. Kepada si dia tu cepat-cepat belanja sebab anda kalah dalam pertaruhan kita (walaupun dah tau yang Spain akan menang tapi nak juga pilih Italy nak padan muka kau) hihihi...