Jangan Bersedih Hanya Kerana Cinta Dunia

Assalamualaikum >_<


Kenapa mesti kita tangisi orang yang tidak menghargai CINTA sedangkan orang itu sendiri tidak ambil peduli perasaan kita? Kenapa mesti diingati lagi kepada mahkluk yg sudah melukakan hati kita yang kita sendiri merasakan luka yang berdarah tak mungkin sembuh kembali? We felt that the world is cave on us!…

Dunia ini seperti hampir kiamat? Janganlah kita menunjukkan kelemahan kita dengan gugurnya air mata dan memikirkan nasib yang menimpa. Percayalah, lebih ramai manusia yang bertarung nyawa semata2 untuk hidup..
yang lebih dasyat dugaannya, yang lebih perih kehidupannya, kadang2 makan pun susah…apa lagi untuk bercinta? Kita hanya disakiti jiwa dan perasaan sahaja, bukan menderita penyakit kronik, bukan kehilangan tempat bergantung.

Jadi bersyukurlah dengan apa yg terjadi. Kerana semua itu adalah hikmah dariNYA. Kadang-kadang apa yg terjadi jawapannya tidak secara langsung. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Oleh itu, janganlah kita membuang waktu, menangisi pada yang telah pergi meninggalkan kita. Janganlah kita membuang masa kerana soal CINTA dunia saja. Segala apa yang berlaku kadang-kadang dari kesalahan kita juga kan. Bercinta sampai tak ingat dunia. 


Apakah cinta yang disarankan dalam Islam? Apakah orang yang kita cinta itu benar-benar jujur dan ikhlas? Janganlah kita terpedaya karana kata-katanya yang manis. Ketahuilah masa itu emas, Allah meminjamkan nyawa hanya seketika. Hiasilah kehidupan kita dengan amalan-amalan yang menguntungkan. Tingkatkan la ibadah, muhasabahlah diri dan tingkatkanlah diri kita agar kita menjadi manusia yang cermerlang, gemilang dan tidak rugi. 


Lelaki atau wanita itu bukanlah suatu makhluk yang terlalu penting yang kita seharusnyaa banyak korbankan waktu untuk mereka. Allah beri kita akal fikiran. Pertimbangkanlah segala apa yg berlaku dengan wajar dan rasional. Janganlah kita menyusahkan diri sendiri kerana seseorang yg tidak Pernah menghargai diri kita ?

Renungkan…
CINTA pada Allah kekal abadi. CINTA pada manusia hanya seketika. Namun begitu, sudah tentu kita mengharapkan seseorang yang terbaik buat kita. Insyaallah segala permintaan akan dimakbulkanNYA.
LOVE IS BLIND. Ungkapan ini sudah tidak relevan lagi. Love is blind because we are not being in the conscienceness state..we’re madly deeply in love with the person, sampaikan kita sanggup ikut kata2 mereka, we’re not alert actually !

Bukalah mata, hati dan pikiran bila bercinta agar kita tidak tersilap langkah dan lebih berhati-hati. Jadikan semua ini satu untaian hati dalam kehidupan yang kita harus tempuhi menjadi yang lebih baik....Aamiin






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Rezeki Aku Minggu Ini

Assalamualaikum >_<


Sejak akhir-akhir ney Azza dah mula kurang tumpukan perhatian pada blog. Apatah lagi nak blogwalking. Busy sangat-sangat sampaikan tension pun ada. Tapi apa boleh buat kerja tetap kita harus utama kan. Betul tak. Kadang-kadang tu dalam satu minggu langsung tak jenguk blog. Kalau jenguk pun otak blur terus tak tahu nak update apa. Mana tak nya otak dah penuh dengan urusan kerja haha...

Tu bukan kisah utama nak cerita ney. Ok hari Isnin hari tu Azza terima hadiah dari Big Bos tau. Lebih kurang penghargaan la. Dye cakap hadiah ney sebab Azza dah kerja lama, 4 tahun dah tu dan Azza pekerja baik. Cewah automatik kembang terus. Korang nak tahu tak hadiah apa? SAMSUNG GALAXY NOTE 2

Terkejut jugak masa dapat kotak tu. Wahh tak pernah terlintas langsung Azza nak pakai handphone tu tau. Nak beli sendiri jangan harap la..Sayang duit ooo hihi. Rakan-rakan sekerja yang lain jangan jelez tau. Kekalkan terus bekerja disini yer...cewahhh hahaha


Dan semalam pulak Azza dah terima cheque dari CHURPCHURP. Terima kasih churpchurp. Tapi tak ada lah sebanyak mana yang korang dapat tu.



p/s agak-agak lepas ney nak dapat apa pulak yer hihihi




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Gadis Ketagih Pewangi Ketiak

Assalamualaikum >_<




Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - 

p/s ada jugak orang pelik macam ney. Agak-agak tu yang dah digunakan pun dye makan jugak ker?? eee uwekkk!! haha



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...