Wanita Malaysia Paling Ramai Curang

Assalamualaikum >_<



ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Sumber: Kosmo

Punca-punca Kenapa Wanita Curang
Tidak cukup atau tidak puas seks.
Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini.Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari.Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan.Janganlah baru-baru kahwin je ada rasa 'geram' kat isteri,tapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah.
Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk,kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan.Apalagi jika si suami asyik dengan kerja.Ada dirumah pun anak-anak lebih diperhatikan.Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain.Sesekali bawalah isteri keluar berduaan,tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar. 
Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun,tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya,ianya akan melekat dihati dan fikiran wanita.Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas tiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan.Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.
Rasa terabai.
Ini biasanya terjadi bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama.Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika suami sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para suami.Biasalah kan,isteri tiap-tiap hari buat kerja rumah,cuci kain,kemas rumah,memasak dan lain-lain tapi segala penat lelah tak dihargai dan diambil peduli.Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun,sesekali pulang awal kerumah.Tolong isteri sikit-sikit.Hargai segala penat lelahnya dengan menunjukkan sikap prihatin.
Kemesraan yang berkurangan.
Baru-baru berkahwin,setiap pagi dan petang mesti kiss isteri mesti ucap I love you.Tetapi dah lama,nak dengar suara suami panggil sayang pun susah.Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja,dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir.Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar,misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.

Apa pendapat korang pula??


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

4 comments:

Mya said...

heheh ramai nya perkatakan isu ni kan... hmm

SHAHZEE said...

mak aii biar betoi..glemer malaysia 1 dunia sbb curang

Si Matatajam said...

Nauzubillahiminzalik..moga akak dijauhkan dari buat camtu..

Faizul Osman said...

ini semua sb tiada keimanan di hati... jika iman dan islam saling melengkapi sudah tentunya curang2 ni tidak akan berlaku...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...