Wanita Malaysia Paling Ramai Curang

Assalamualaikum >_<



ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Sumber: Kosmo

Punca-punca Kenapa Wanita Curang
Tidak cukup atau tidak puas seks.
Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini.Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari.Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan.Janganlah baru-baru kahwin je ada rasa 'geram' kat isteri,tapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah.
Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk,kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan.Apalagi jika si suami asyik dengan kerja.Ada dirumah pun anak-anak lebih diperhatikan.Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain.Sesekali bawalah isteri keluar berduaan,tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar. 
Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun,tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya,ianya akan melekat dihati dan fikiran wanita.Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas tiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan.Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.
Rasa terabai.
Ini biasanya terjadi bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama.Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika suami sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para suami.Biasalah kan,isteri tiap-tiap hari buat kerja rumah,cuci kain,kemas rumah,memasak dan lain-lain tapi segala penat lelah tak dihargai dan diambil peduli.Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun,sesekali pulang awal kerumah.Tolong isteri sikit-sikit.Hargai segala penat lelahnya dengan menunjukkan sikap prihatin.
Kemesraan yang berkurangan.
Baru-baru berkahwin,setiap pagi dan petang mesti kiss isteri mesti ucap I love you.Tetapi dah lama,nak dengar suara suami panggil sayang pun susah.Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja,dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir.Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar,misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.

Apa pendapat korang pula??


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum >_<



Dengan ini saya NOOR AZZADATUL HASHIMAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan blogger yang mengenali Azza atau tidak. Ampun dan maaf Azza ucapkan andai Azza ada terkasar bahasa dengan korang semua.
MAAF ZAHIR DAN BATIN



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Pantun Raya Negeri

Assalamualaikum >_<


Kelantan:
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu:
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang:
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor:
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka:
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan:.
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Perak:.
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah:
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang:
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis:
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang.

Selangor/K.Lumpur:
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu ....


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Segmen: Blogwalking sambil follow

Assalamualaikum >_<




nak join klik banner


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Iklan Raya yang Paling Azza Suka

Assalamualaikum >_<


Pejam celik pejam celik dan sampai 19 Ramadhan dah kita menyambut bulan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya. Dah buat persiapan belum? Azza apa pun tak buat lagi. Buat last minit la nanti hehe...

Nak sambut raya tak ada iklan di mana-mana stesen TV memang tak best. Terutama iklan raya dari Petronas. Antara iklan raya yang paling Azza suka iklan raya Janda Beranak 7.


Tiap-tiap tahun di siarkan pun tak apa. Best sangat dan tak jemu. Ramai pun cakap macam tu jugak kan. 

Antara part dalam cerita ney yang Azza suka:
1. ABANG DALAM SUNGAI ADA BUAYA
2. KAMBING TAK BOLEH KER? KAU JANGAN BUAT PASAL MAK PENING KALAU MAKAN KAMBING
3. MAK BANGUN MAK HATI LIMPA PARU SEMUA ADA.

Haaa korang macam mana pulak?? 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Ringkasan Mengenai Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum >_<



Al Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.
SALAM NUZUL AL-QURAN DAN SELAMAT BERPUASA


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by MrPetak.Com

Assalamualaikum >_<





Pengalaman puasa:
Sebenarnya tak ingat pun start umur berapa Azza mula berpuasa. Tapi saat paling best puasa time sekolah rendah la. Waktu tu rasanya umur darjah 1.Puasa time sekolah jer pastu balik rumah terus buka hihi. Masa time rehat tu yela nak makan tak boleh time tu la Azza dengan kawan-kawan main dekat sekolah. Macam-macam kitorang main. Paling best main kahwin-kahwin. Habis bunga dekat sekolah kitorang kerjakan haha.



Tarikh tutup: Akhir bulan Ramadhan



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...