Cerita Lawak untuk Hilangkan Tension

Assalamualaikum >_<


Tension....tension..tension....tau...Ney semua gara-gara Says la. Mana tak nya kenapa Azza jer yang fb masih block Says lagi. Tanya orang lain diorang semua nya dah ok. Dah dua kali dah Azza hantar report tapi langsung tak ada tindak balas. Rasa nak bebai dah ney. Uwaaaaaa...

Lupakan pasal tu kejap sebab buat Azza nak naik angin jer hihi..Apa kata jom kita beberapa cerita lawak yang boleh hilangkan tension macam Azza ney..




Cerita Pertama
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya “Kenapa Bang?”
Mak Andeh pun menjawab “Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”.


Cerita Kedua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Cerita Ketiga
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Cerita Keempat
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Cerita Kelima
FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?
DOKTOR: RM 120.
FARID : Amboi mahalnya... .ada yang murah sikit tak?
DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80
FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi
yang paling murah sekali... .
DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa
untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..
FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...


Diharap korang terhibur. Selamat membaca 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

5 comments:

Puan Siti said...

lawak3!!!...huk3...

hazwan hairy said...

hahahahhaha yg last tu lwk..ahhah

Unknown said...

bgus utk hilangkan tensen..hihi

EPIK said...

hahaha...lawak2...hlg tensen baca ni..

[Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]

suwara entertainment said...

hahaha..lawak sungguhlah sis :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...