Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsia

Assalamualaikum >_<

Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsia


Penyanyi dan pengacara, Dato' AC Mizal akui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli ruang iklan di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia bagi mengiklankan nama laman sosial miliknya iaitu Mface.
AC Mizal berkata, pihaknya telah membeli ruang iklan Mface di syarikat penerbangan AirAsia itu selama setahun dengan memuatkan logo besar milik laman sosial tersebut.

"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai," katanya kepada murai.com.my
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran mengumumkan kerjasama yang terjalin di antara syarikat laman sosial milik Dato` AC Mizal, Mface bersama syarikat penerbangan terkenal, AirAsia.

Menurut AC Mizal lagi, pelaburan yang dilakukan ini diharap dapat membuktikan kepada orang luar terutama rakyat Malaysia bertapa seriusnya dalam bidang perniagaan terutama perniagaan laman sosial tersebut.

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," jelasnya lagi.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina. SUMBER

p/s kaya gila Dato Ac ney....



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Mohd Farizal, Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku

Assalamualaikum >_<


Mohd Farizal, pelajar UMT hina lagu Negaraku - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikenali Mohd Farizal mengubah  lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya mengundang padah apabila pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri telah membuat laporan polis semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu.” 

Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. SUMBER


p/s sila ambil tindakan dengan segera keatas pelajar tersebut...MARUAH NEGARA tu....



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 24 (First Time Dapat BE)

Assalamualaikum >_<









p/s nak dekat 3 bulan baru perasan...nampak sangat dah lama tak jenguk Nufnang hahaha



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Wordless Wednesday # 23 (Alhamdulillah Dah Jadi Tunangan Orang)

Assalamualaikum >_<




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...