Rindu Arwah Tok

Tahun ney menjelang bulan Ramadhan genap 5 tahun arwah tok saya Pah binti Yaakob meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Waktu tu saya baru Form 5. Teringat kembali kenangan arwah tok ketika bulan puasa. Tok la orang pertama akan masuk kedapur untuk masak juadah berbuka puasa.Bayangkan la pukul 3 lebih sudah siap kedapur. Bila hari raya nak tiba dia la paling bersemangat buat kuih raya terutamanya kuih karas. Buat banyak-banyak katanya nanti anak cucu dia nak makan. Dialah yang paling seronok kalau anak cucu dye balik.

Tapi tu semua tinggal kenangan. Baru sahaja kitorang sambut puasa tok dimasukkan ke Hospital Parit Buntar sebab tok mengalami kesesakan nafas. Mak cakap masa kat hospital tok berselera sangat-sangat walaupun tengah sakit. Selepas beberapa hari tok berada di hospital  tok terpaksa dihantar ke Hospital Besar Taiping sebab keadaan tok semakin parah.

Namun begitu, doktor mengesahkan tok mungkin tidak dapat hidup lebih lama lagi. Betapa sedihnya kami semua di situ mendengarnya. So doktor meminta kami semua berbincang supaya kami semua bersetuju untuk mencabut semua alat bantuan yang berada di badan tok. Allahukabar kalau kami bersetuju itu bermakna kami seolah-olah mahu tok pergi. Seolah-olah macam membunuh orang yang belum mati lagi. Kami tak sanggup. 

Genap 11.10.2006 bersamaan 19 Ramadhan jam 11.20 malam tok telah kembali kerahmatullah.Tok telah tinggalkan kami untuk selama-lamanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati kami. Tok dibawa balik kerumah, saya lihat tok dimandikan, saya menangis,selepas tok dikapankan saya tidak mampu untuk mencium dahi tok sebab waktu tu saya betul-betul lemah. Akhirnya tok dibawa untuk dikebumiakan.

Ingat lagi mase tok masih ada lagi, tok pernah cakap kalau tok pergi kami semua anak cucu cicit tok tidak kan berkumpul macam dulu lagi. Ye memang betul tok, memang betul-betul berlaku. Tiap kali raya masing-masing pergi umah mertua mereka. Kami sudah tidak berkumpul macam dulu-dulu lagi. Sudah 5 tahun tok kami tak berkumpul macam dulu sama-sama buat persiapan nak raya. Tu semua hanya tinggal kenangan sahaja.

Sayang sangat-sangat pada tok..


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...