Layan Lagu: Siti Musliha - Hujan Air Mata

Assalamualaikum >_<

Pasti korang ingat lagi suatu ketika dahulu seorang kanak-kanak bernama Siti Musliha seorang kanak-kanak istimewa. Entah kenapa tiba-tiba hari ini Azza nak sangat dengan lagu beliau yang bertajuk Hujan Air Mata setelah bertahun lamanya Azza tak dengar lagu ney. 

Sesiapa yang betul-betul menghayati lagu ney mesti korang sedih terutamanya melihat ketabahan seorang gadis yang terlalu banyak kekurangan pada wajahnya.

Nak tahu kisah beliau yang terkini lihat SINI

Jom kita sama-sama layan lagu beliau SITI MUSLIHA- HUJAN AIR MATA



p/s sedih sangat. Apa pendapat korang?



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Kenapa Lelaki Masih Single?

Assalamualaikum >_<



Memang tak dinafikan jodoh di tangan Tuhan. Tapi semua orang cakap kita hanya merancang Allah yang menentukan. Tapi bagaimana yang tak pernah merancang langsung untuk cuba mencari pasangan. Mungkin setiap manusia ada sebab masing-masing kenapa sampai sekarang diorang masih single.


1. Masih percaya ibu adalah wanita terpenting dalam hidup, wanita tempat mengadu dan berkasih sayang.

2. Malas nak melayan perempuan, mesej tiap-tiap hari, nak pujuk, dengar macam-macam masalah, hantar pergi kuliah. Cth: alalala siannya busyuk2 baby janganlah merajuk macam ni...

3. Tidak suka dikongkong dan diberi nasihat oleh orang yang tak berapa nak layak. Cth: You jangan lah beli makanan dekat cafe tu, banyak minyak, tak elok untuk kulit" Cth: Hubby, demam jangan lupa makan ubat yee, cepat sembuh boleh kita date cepat.

4. Percaya hidup lebih selamat dan bermakna jika single. Tak nak la nanti ada orang post kat group batch facebook marah salah faham sebab ada orang tu lebih pentingkan makwa daripada kawan, padahal balik kolej sebab ada projek tak siap.

5. Hantaran tinggi  - Ini satu lagi masalah yang besar. Kalau kerja tinggi tak apa la jugak. Buatnya belah perempuan letak hantaran tinggi dan pihak laki tak mampu kan kene tunggu lagi atau pun putus sahaja. Gigit jari woo.

6. Masih belum puas dengan dunia mudaWalaupun mereka tahu perkahwinan itu lebih ‘nikmat’ dari membujang, tetapi mereka lebih memikirkan kenikmatan peribadi. Bagi mereka setelah menjadi seorang suami dan bapa akan menyebabkan hilangnya dunia ‘freedom and enjoy’. Mereka mahu bebas. Tidak mahu dibebankan dengan apa yang dipanggil ‘tanggungjawab'. 

7. Serik- Mungkin suatu ketika dulu diorang pernah kecewa dengan alam percintaan ataupun ibu bapa diorang pernah gagal dalam rumahtangga. Jadi inilah diorang takut untuk cari pasangan hidup.


p/s any komen untuk jejaka yang masih single? hihi. peace!!



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Salam Maal Hijrah (Awal Muharam)

 Assalamualaikum >_<






1 Muharam


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 


p/s apa azam tahun baru korang? Azam Azza nak jadi yang lebih terbaik daripada sebelum ini. Insyallah. Amin....



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...