Aku Mimpi Mengandung!!

Assalamualaikum >_<



Aku mimpi mengandung? Alahai macam mana la Azza boleh mimpi mengandung padahal kahwin pun tak lagi. Single mingle lagi tau. Serius dalam mimpi tu Azza terasa macam real yang Azza mengandung. Berapa bulan tu tak tahu la ha ha. Azza betul-betul jaga kandungan Azza tu supaya sentiasa selamat. Kerana mimpi tu nasib baik Azza tak terlambat nak pergi kerja. Terbangun lewat la. 

Azza jenis yang mudah lupa apa yang Azza mimpikan. Tapi terjaga jer Azza masih memikirkan pasal mimpi tu. Azza cuba cari-cari dekat internet dan apa yang Azza dapat maksud mimpi mengandung adalah:

Bermimpi hamil (perempuan) ---> Keinginan kita akan terwujud
Suami mimpi isteri hamil --->  Petanda kurang baik.  Sebaiknya hati-hati dalam segala hal
Mimpi bertemu ramai orang yang hamil ---> Memperoleh wang/ harta tambahan

So bermakna keinginan Azza akan terwujud. Agak-agak tu keinginan apalah yang Azza impikan selama ney akan terwujud?

Sebenarnya kita tidak boleh 100% percaya pada semua tafsir-tafsir ney. Kita sendiri sudah tahu mimpi kan mainan tidur.Mainan syaitan. So janganlah kita percaya sangat dengan semua tu. Kalau betul apa yang kita bermimpikan yang baik dan betul-betul berlaku pada kita anggap itu semua adalah rezeki. Hanya Allah sahaja yang tahu apa maksud mimpi kita yang sebenarnya.

Apa yang penting kita sentiasa berdoa agar kita sentiasa dijauhkan daripada gangguan syaitan dan memohon supaya perlindungan daripada perkara buruk.

p/s siapa pernah mimpi macam tu juga?



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Nenek Maut Ditekup Bantal

Assalamualaikum >_<


USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Sadariah yang maut ditekup penyamun.


SUNGAI BESAR: Seorang remaja mengalami detik amat menyedihkan apabila melihat sendiri neneknya ditekup dengan bantal hingga mati oleh dua perompak yang menceroboh rumah mereka di Kedai Luar Bandar, Jalan Parit 6 Timur, di sini, awal pagi semalam.
Mohammad Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang turut ditumbuk dan diacukan parang oleh dua penjenayah terbabit berkata, sebelum itu neneknya, Sadariah Tubasar @ Ahmad, 65, diikat dengan tali rafia manakala mulutnya ditekup dengan tuala. “Walaupun diikat, nenek tetap melawan dan menjerit menyebabkan suspek panik lalu seorang daripada mereka mengambil bantal dan menekup muka nenek. Beberapa minit kemudian, nenek lemah dan tidak lagi bersuara,” katanya.

Mohammad Hafizul berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi ketika dia dan neneknya nyenyak tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, seorang daripada lelaki itu menghempap tubuhnya sebelum tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia.

“Saya juga ditumbuk beberapa kali dan diacukan parang supaya tidak melawan. Mereka mengarahkan saya membantu mereka menggeledah bilik nenek.

“Selepas berjaya mendapatkan wang tunai dan barang kemas milik arwah nenek, mereka tergesa-gesa meninggalkan rumah melalui pintu belakang,” katanya sewaktu ditemui, semalam. Mohammad Hafizul berkata, kejadian menimpa arwah neneknya menyebabkan dia lebih tertekan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, polis menerima panggilan kira-kira 5.30 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang di ruang tamu rumah.

Noor Mushar berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan lain di badan mangsa kecuali sedikit pendarahan di mulut dipercayai akibat diikat dengan kuat menggunakan tuala dan sewaktu berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan wang tunai RM500, barang kemas dan sebuah beg tangan mangsa didapati hilang. Nilai keseluruhan kira-kira RM2,000,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.


p/s tiada sifat kemanusiaan langsung la.

sumber : myMetro



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Borang BR1M 2.0 Sudah Keluar

Assalamualaikum >_<




Pendaftaran permohonan BR1M telah bermula pada November 2012. Kepada sesiapa yang berumur 21 tahun keatas korang sudah mula boleh ambil secara percuma Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau korang juga boleh muat turun borang tersebut.

Untuk maklumat lanjut borang boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di ----> SINI

Untuk muat turun borang borang BR1M korang boleh dapatkan di  ---> SINI


Cepat sebelum pihak lembaga umumkan tarikh tutup. Azza dah ambil korang bila lagi.

p/s bab-bab duit ney Azza memang cepat pun hihi



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...