10 Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak

Assalamualaikum >_<

Apa khabar korang? Dah sarapan belum? Hari ini saya nak share satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Semua orang harus tahu ini sangat penting kerana ia boleh melibatkan otak kita.


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga. Tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan paras gula dalam darah akan menjadi rendah dan mengurangkan nutrisi pada otak.  Banyak sel-sel akan mati dan kebanyakan otak akan kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Makan berlebihan jugak boleh menyebabkan darah korang dialirkan kepada perut dan usus untuk pencernaan. Ini akan menyebabkan darah akan kurang sampai pada otak korang. So akibatnya korang akan mudah mengantuk, malas dan hilang daya fokus. 

3. Merokok
Semua orang tahu asap rokok sangat bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana rokok banyak mengandungi racun yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak

4. Mengambil Gula yang Berlebihan
Gula yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ini boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. 

5. Menghidu Udara yang Tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia.  Ini akan menyebabkan kerosakan pada sel otak. 

6. Tidur yang Berlebihan
Tidur sangat baik untuk merehatkan otak kita. Tapi korang tidur melebihi had yang dibenarkan ini boleh mengakibatkan otak korang kurang aktif dan melemahkan daya berfikir.

7. Tidur Dengan Tutup Muka
Tidur dengan meniarap dan tutup muka dengan bantal boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan kita sedut semula gas tersebut semasa bernafas. So otak kita sudah tentu akan kekurangan oksigen. 

8. Kurang Berimaginasi
Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan pada otak menurun.

9. Jarang Berfikir
Jarang berfikir boleh menyebabkan otak kita lembap dan tidak aktif. So selalu berfikir boleh akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan Khalimah-khalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita. So kurang baca Al-Quran boleh meyebakan otak kita jadi dungu. Ingat Al-Quran juga boleh menghilangkan stress kita bila membacanya. 



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca Entri Ini ♥

1 comment:

Daddylicious said...

no 3 tu betul yer...adoi...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...